Posts

Showing posts from July, 2011

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN

KEINDAHAN BAHASA MELAYU DALAM PANTUN Apabila disebut tentang keindahan maka kita tentunya ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan keindahan. Maksud keindahan ialah hal iang berkaitan dengan cantik, elok, menarik dan sedap mata memandang. Dari segi konsepnya ia bukan sahaja melibatkan hal yang berbentuk fizikal tetapi juga merangkumi hal yang berkaitan dengan jiwa dan akal. Dalam pantun, keindahan bahasa melayu ini terletak dalam dua kuplet iaitu kuplet sampiran dan kuplet maksud, tetapi keindahan yang utama terletak pada kuplet maksud kerana di sini terangkum ungkapan yang memberi maksud yang bernas dan padat. Isi atau mesej sememangnya amat penting dalam pantun . Bahasa sebenarnya terdiri daripada tiga komponen penting iaitu; i) Bahagian Fonologi (yang berkaitan dengan aspek bunyi) ii) Bahagian Morfologi (yang menghuraikan tentang aspek kata) iii) Bahagian sintaksis (yang berkaitan dengan aspek frasa dan ayat) Baik, kita l...