Dalam mengharungi hari-hari yang mendatang, aku menjadi semakin sunyi dan resah. Ingin kuluahkan semua rasa hati, tapi kepada siapa. Sejak kehilangan atau sejak keberangkatan kedua-dua orang tuaku, ke alam baqa', aku menjadi seorang perindu yang resah. kalau dahulu aku mendapat nasihat dna tunjuk ajar daripada mereka. Tapi kini, aku kehilangan kata-kata itu. "Adik, dalam menjalani kehidupan di dunia, janganlah kita selalu menyhakiti hati orang" begitu masih terngiang-ngiang kata-kata ibu memngingatkan aku. Aku membatu sahaja. Ketika itu aku tidak berpuas hati kenapa ibu selalu mengingatkan hal yang sedemikian. Bagi aku, kalau orang lain boleh menyakiti hati kita, mana mungkin kita tidak boleh membalasnya. Sebagai seorang remaja, yang masih berfikiran keanak-anakan, pastinga perasaan membalas dendam itu tidak akan aku buangkan dari lubuk hati. Kini, aku mula mengerti bahawa apa yang dipesankan oleh ibu itu sebenarnya satu yang am...
Posts
Showing posts from October, 2012