Dalam mengharungi hari-hari yang mendatang, aku menjadi semakin sunyi dan resah.  Ingin kuluahkan semua rasa hati, tapi kepada siapa.  Sejak kehilangan atau sejak keberangkatan kedua-dua orang tuaku, ke alam baqa', aku menjadi seorang perindu yang resah.  kalau dahulu aku mendapat nasihat dna tunjuk ajar daripada mereka.  Tapi kini, aku kehilangan kata-kata itu.

"Adik, dalam menjalani kehidupan di dunia, janganlah kita selalu menyhakiti hati orang"  begitu masih terngiang-ngiang kata-kata ibu memngingatkan aku.
Aku membatu sahaja.  Ketika itu aku tidak berpuas hati kenapa ibu selalu mengingatkan hal yang sedemikian.  Bagi aku, kalau orang lain boleh menyakiti hati kita, mana mungkin kita tidak boleh membalasnya.  Sebagai seorang remaja, yang masih berfikiran keanak-anakan, pastinga perasaan membalas dendam itu tidak akan aku buangkan dari lubuk hati.

Kini, aku mula mengerti bahawa apa yang dipesankan oleh ibu itu sebenarnya satu yang amat penting dalam kehidupan.  Dosa antara manusia, perlu diampunkan oleh manusia juga.  Tapi aku menjadi seorang pendiam.  Sering menyimpan perasaan dalam tempoh yang amat panjang.  Aku mula menjadi pendendam dan penyimpan.  Kini aku tidak mampu untuk membuang apa yang dipendamkan.  Aku tidak tahu kenapa, dan bukan ini yang aku mahukan dalam kehidupan.  Tapi inilah yang kini berlaku dalam diriku.  Sering menyimpan perasaan untuk menjaga seluruh hatio orang yang berada di sekelilingku.

Tapi hanya aku yang menyimpan rasa.  Manakala orang lain tidak pernah mempedulikan hatiku.  Mereka seolah-olah selesa dengan diri mereka.  Dan, aku yang sedia sakit menjadi semakin sakit.  Puluhan tahun perasaan ini terpendam.  Dan, aku tidak tahu bilakan ia akan terluah.  Tidak pernah ada orang yang mengerti dengan apa yang aku alami.  

Dadaku kini menjadi semakin sebu dan beku.   Semakin resah dan gelisah.  Tidak ada orang yang mahu bersama.  Tidak ada sesiapa yang sedia bersama merungkaikan segala sebak dalam dada.  Aku semakin sendiri dan sepi.  Tidak ada orang yang sedia mendengar kata.  Tidak ada orang yang sudi berkongsi derita. Tidak ada sesiapa yang mampu menyembuh duka.  

Aku rindu pada detik lama.  Aku ingin kembali bersuara pada bonda tapi bagaimana.  Aku rindu pada senyum dan belainya, tapi segalanya telah tiada.  Inilah seorang aku yang menjadi perindu diusia yang semakin tua.

Comments

Popular posts from this blog

MALU DALAM PANTUN MELAYU

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN