Posts

Showing posts from February, 2018

Al-Ghazal

Al-Ghazal ialah sejenis puisi Arab yang bertemakan cinta antara penyair dengan wanita yang dicintainya.  Pada awalnya, al-ghazal merupakan segman yang dimuatkan pada permulaan al-qasidah , kemudian berkembang dan terpisah menjadi sebuah genre yang tersendiri.  Dalam sastera Parsi, al-ghazal mempunyai tiga atau empat baris serangkap.  Jumlah suku katanya tidak tetap, tetapi biasanya antara 20-22 suku kata sebaris.  Skema rimanya seperti syair biasa, iaitu a,a,a,a.  Setiap rangkap mempunyai bait yang digubah mengikut pola dan rima yang sama di hujungnya.  Keadaan ini berterusan pada keseluruhan al-ghazal, kecuali bait pertama ( matla' ) mengemukakan rima yang sama pada misrak pertama dan kedua.  Perkataan akhir pada misrak dan bait pertama adalah sama pada perkataan akhir pada misrak dan bait kedua.  Pada amnya, sebiah al-ghazal terdiri daripada lima hingga 12 bait, kadangkala sehingga 15 atau 16 bait.  Pada akhir sesebuah al-ghazal bia...

Adigaya

Adigaya bermaksud gaya penulisan bersifat tinggi dan hebat.  Gaya penulisan ini biasanya ditemui dalam karya epik.  Berdasarkan prinsip dekorum ( tertib), gaya penulisan harus sesuai dengan isi, genre, perwatakan dan situasi atau babak.  Justru, gaya tinggi dan hebat ini dianggap sesuai untuk genre epik yang mengisahkan kebaktian yang bersifat kewiraan dan percintaan agung.  Gaya ini dicirikan oleh teknik retorik yang menggugah perasaan atau teknik hiperbola dengan pemerian yang panjang lebar dan berlebih-lebihan.  Gaya tinggi ini bertujuan untuk membangkitkan emosi dan semangat khalayak.  Contoh adigaya boleh ditemui dalam Hikayat Sejarah Melayu  dan Hikayat Raja-raja Pasai.