Al-Ghazal

Al-Ghazal ialah sejenis puisi Arab yang bertemakan cinta antara penyair dengan wanita yang dicintainya.  Pada awalnya, al-ghazal merupakan segman yang dimuatkan pada permulaan al-qasidah, kemudian berkembang dan terpisah menjadi sebuah genre yang tersendiri.  Dalam sastera Parsi, al-ghazal mempunyai tiga atau empat baris serangkap.  Jumlah suku katanya tidak tetap, tetapi biasanya antara 20-22 suku kata sebaris.  Skema rimanya seperti syair biasa, iaitu a,a,a,a.  Setiap rangkap mempunyai bait yang digubah mengikut pola dan rima yang sama di hujungnya.  Keadaan ini berterusan pada keseluruhan al-ghazal, kecuali bait pertama (matla') mengemukakan rima yang sama pada misrak pertama dan kedua.  Perkataan akhir pada misrak dan bait pertama adalah sama pada perkataan akhir pada misrak dan bait kedua.  Pada amnya, sebiah al-ghazal terdiri daripada lima hingga 12 bait, kadangkala sehingga 15 atau 16 bait.  Pada akhir sesebuah al-ghazal biasanya ditandatangani dengan al-takhallus.  Contoh dalam sastera tradisional Melayu yang dipetik daripada Taj-al-Salatin oleh Bukhari al-Jauhari adalah seperti yang berikut. 

Kekasihku seperti nyawa pun adalah terkisah dan mulia juga,
dan nyawaku pun mana daripada nyawa itu jauh juga,
jika seribu tahun lamanya pun hidup ada sia-sia juga,
hanya jika pada nyawa itu hampir dengan sedia suka juga,
nyawa itu yang menghidupkan senantiasa nyawa manusia juga.
dan menghilangkan cintanya pun itu kekasihku yang setia juga,
kekasihku itu yang mengena hatiku dengan rahsia juga,
Bukhari yang ada serta nyawa itu ialah berbahaya juga.

Comments

Popular posts from this blog

MALU DALAM PANTUN MELAYU

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN