Posts

Showing posts from August, 2010

NOSTALGIA PUASA

Aku bukanlah tergolong dalam kelompok orang yang alim. Aku cuma hanya anak yang dibesarkan oleh kedua orang tua yang serba sederhana. kalau dalam istilah sekarang , ialah orang miskin. Tapi aku bangga. Meskipun hidup miskin tapi kami tidka pernah kebuluran. Ini keran aayah seorang yang amat rajin berusaha. Apa sahaja pekerjaan yang dilakukan oleh orang kampung, dia tetap akan melakukannya. Tidak kiralah bulan puasa pun, dia tetap akan membanting tulang untuk mencari sesuap nasi menyara keluarga. Makan tidak pernah putus. Kalau lauk juga tidak pernah putus kerana kami tinggal di tepi sungai yang amat jernih dan banyak ikan. Kalau mahu ikan, pancing sahaja di sungai. Atau kalau malas tahan saja 'temila' di celah-celah longgokan sampah. Cari daun kayu sedahan dua lepas itu, letakkan di atas temila tersebut atar tidak terkena matahari. Insya-Allah ikan untuk dibuat lauk hari itu akan selesai masalahnya. Itulah resam yang kami lakukan untuk membesar. Pekerjaan ini paling seronok aku...

LAMUNAN

Ramadhan hampir menjengahkan dirinya. Saat-saat begini aku menjadi semakin sayu dan kelu. kedua orang tua yang telah lama pergi dan aku juga bakal menyusul pasa suatu hari nanti. Itu sudah pasti. tapi bulan 'puasa' adalah bulan yang selalu menusukkan rasa sendu dalam sanubari. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Tapi bulan ini, adalah bulan yag menjadi kegembiraan ayah. Dia akan menyambut bulan 'puasa' ini dengan jiwa yang lapang dan tenang. Kekuatannya seolah semakin ebrtambah, manakala kekuatan aku menjadi semakin lemah. Inilah bezanya antara aku dengan ayah. Kalau dalam bulan puasa ini, sifat penyabar ayah semakin terserlah. Aku kagum dengan kudrat yang ada. Tidak ada kerja yang tidak lilakukannya dalam bulan puasa ini. Kalau musim ke paya, ayah tetap ke paya. Di sana dia akan mencangkul dna merumput hingga tengah hari. Kalau ketika menoreh, ayah tetap menoreh. Kerja ini tidak akan ditinggalkan begitu sahaja kerana bulan puasa. Inilah yang menjadi k...