LAMUNAN

Ramadhan hampir menjengahkan dirinya. Saat-saat begini aku menjadi semakin sayu dan kelu. kedua orang tua yang telah lama pergi dan aku juga bakal menyusul pasa suatu hari nanti. Itu sudah pasti. tapi bulan 'puasa' adalah bulan yang selalu menusukkan rasa sendu dalam sanubari. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Tapi bulan ini, adalah bulan yag menjadi kegembiraan ayah. Dia akan menyambut bulan 'puasa' ini dengan jiwa yang lapang dan tenang. Kekuatannya seolah semakin ebrtambah, manakala kekuatan aku menjadi semakin lemah. Inilah bezanya antara aku dengan ayah.
Kalau dalam bulan puasa ini, sifat penyabar ayah semakin terserlah. Aku kagum dengan kudrat yang ada. Tidak ada kerja yang tidak lilakukannya dalam bulan puasa ini. Kalau musim ke paya, ayah tetap ke paya. Di sana dia akan mencangkul dna merumput hingga tengah hari. Kalau ketika menoreh, ayah tetap menoreh. Kerja ini tidak akan ditinggalkan begitu sahaja kerana bulan puasa. Inilah yang menjadi kekaguman aku hingga ke hari ini. Saat-saat ini bila aku kenangkan perbuatan ayah, aku menjadi sayu dan termangu. Aku mahu mengikuti jejaknya. Tapi aku rasa aku tidak mampu. Aku tidak punya kekuatan sebanyak yang ayah ada.
Meskipun aku kini bekerja di pejabat dengan suasana dingin dan nyaman, namun kekuatan aku masih tidak setanding ayah. Setengah kekuatan pun aku rasa aku tidak ada. Begitu juga dengan ibu. Meskipun beliau tidaklah sekuat ayah, tapi beliau juga seorang yang tabah. Pada bulan puasa ini, dia juga tidak pernah duduk diam. Ada sahaja yang dilakukan, dan aku juga tidak mungkin mampu untuk menurut jejak kekuatan yang mereka pamerkan semasa hayat mereka ada.
Aki kini menjadi semakin rindu dengan ayah dan ibu. Sesekali bila aku menatap gambar yang ada (itupun gambar terakhir yang aku jumpa setelah ketiadaan mereka) aku menjadi semakin sunyi. bagi sesiapa yang masih ada ayah dan ibu, jagalah mereka, kerana bila ketiadaan mereka , kita akan terasa kehilangan yang teramat. Jagalah. Jagalah mereka. Anda akan rindukan kelibat mereka. Perbualan mereka, arahan mereka dan macam-macam yang mereka lakukan tentunya anda akan rindukannya.
"Adik, posa dak nak masuk, tak balik ka" begitulah suara ibu kedengaran sesekali di gangang telefon. Aku yang bertugas di Kuala Lumpur selalunya leka dengan kesibukan dan keriuhan kota. Aku tidak pernah cuba untuk memaklumkan kepada kedua orang tua tentang keinginan untuk balik ke kampung untuk menyambut bulan puasa.
"Tak tahu la mek, kerja banyak ni" aku cuba mencari helah.
"Balik laa...kita sambut puasa sama-sama" begitu luahan ibu.
Dia sanggup memasukkan telefon ke dalam rumah di kampung hanya untuk semata-mata mendengar suara aku. Manakala aku pula amat jarang untuk menghubungi mereka. Aku sendiri tidak tahu. tapi aku juga hairan, aku seorang yang rapat dengan kedua orang tua. Aku jug akahwin lambat iaitu sekitar umur 28 tahun. Ini bermakna aku membujang lebih lama daripada abang dan kakakku. Abangku berkahwin sekitar umur 19 tahun. kakakku juga berkahwin sekitar umur 17 tahun. (Kakak dna bang hanya bersekolah sehingga darjah enam sahaja).
"Adik balik la ya" kata ibu dengan sayup nada di corong telefon.
"Tengok la"
""Cek pun suruh adik balik" kata ibu.
Ibu, seorang yag banyak cakap. Tidak seperti ayah seorang yang pendiam. Aku juga tidka banyak cakap dengan ayah tapi dengan ibu aku akan menceritakan semuanya. Aku anak yang manja. gelaran juga berbunyi "adik" bermakna aku anak yang manja dalam keluarga. Abang dna kakakku sudah lama membawa haluan masing-masing. hanya aku yang ada dengan keluarga. Kalau aku memberi jaminan untuk balik menyambut puasa bersama emak dna ayah, keringan jelas terpancar melalui suara. tentunya emak akan menyediakan pelbagai masakan kegemaran dan aku akan mengucapkan terima kasih dengan makan banyak. ayah pun begitu juga. Makannya akan bertambah andai aku makan bersama. Meskipun ayah tidak pernah memperlihatkan kebanggaannya dengan kepulanganku, namun dari gerak gerinya dia akan turut makan seperti ku. Emak lebih rela makan secara perlahan sambil menatap aku dan aku tidak ambil tahu ketika itu.
Tapi aku hanyalah seorang anak lelaki perantau yang tinggal di Kuala Lumpur. Sesekali bila orang tua datang, aku amat berasa gembira. Aku sambut mereka berdua dengan riang. Aku rela tidak bekerja kerana aku memang suka mereka datang. Masa itulah aku dapat merasa masakan emak. Masa itu jugalah aku dapat bermesra dengan emak. Selalunya mereka datang dengan bas Jelai dari Kuala Lipis dan turun di Pudu Raya. Aku akan menanti mereka di sana. Tidak pernah jemu mereka membawakan buah-buahan seperti durian, rambutan dan manggis. Meskipun dalam susah payah, mereka tetap membawanya. Ayahlah yang selalunya menjadi penurut setiap kata ibu. Ini kerana kalau aku tidak balik, mereka akan membawa buah itu di Kuala Lumpur untuk makan bersama-sama aku. Alangkah rindunya aku saat itu. Alangkah rindunya aku suasana itu.
Kini kedua-duanya sudah tiada. Rumah pusaka yang ditinggalkan kini menjadi milik aku. Aku juga masih tinggal di Kuala Lumpur dengan suasana yang tidak berubah, malah semakin sesak. Nasib baik kini rumah itu di sewa oleh pasangan guru, dapat jugalah rumah itu berpenghuni. Jika tidak mungkin ia akan menjadi bertambah sepi. Pohon buah-buahan di sekitar juga sering mengeluarkan hasilnya, namun aku amat jarang berkunjung. yang tinggal hanyalah kenangan. Ada sesekali aku menyuruh jiran untuk mengambil buah-buahan yang terdapat di sekitar rumah, namun mereka juga punya pokok buah-buahan sendiri.
Pernah aku bertanya kepada ayah, kenapa dalam usia tuanya dia masih menanam pokok buah-buahan. jawapannya hanya satu. "Untuk anak cucu". Jawapan itu membuatkan aku menjadi kelu. aku sesungguhnya tidak pernah terfikir sejauh itu. tapi bagi ayah, anak cucu adalah keutamaan. Segala yang dilakukan bukan berniat untuk diri sendiri. hanyalah untuk anak cucu. tapi bila ber-anak dan ber-cucu, pokok buah-buahan itu tetap tidak menerima kunjungan mereka. Berbuah dan gugur sendiri sehingga berlambak-lambak di bawah pohon.

Comments

Popular posts from this blog

MALU DALAM PANTUN MELAYU

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN