Posts

Showing posts from August, 2012
PANTUN MANTERA Pada masa saya kecil dahulu, saya memang biasa dengan sistem pengubatan tradisional. Ini adalah disebabkan kampung saya jauh di pedalaman Pahang.  Jadi kalau ada sakit demam, maka panggil sahaja bomoh, dah tentu kita akan dengar banyak mentara yang di lafazkan.  Begitu juga kalau nak tengok permainan wayang kulit, dah tentu kita akan dengan tok dalang akan baca mantera.  Dalam wayang kulit ada mantera keselamatan pemain, ada mantera memanggil penonton dan mantera meniup serunai dna berbagai-bagai lagi. Salah satu bentuk yang ingin saya ceritakan di sini ialah tentang pantun yang berbentuk mantera.  Dalam kaedah perbomohan yang selalu saya dengar semasa saya di alam aknak-kanak ialah bentuk persembahan yang berbentuk nyanyian, dan nyanyian ini memuatkan kata-kata yang berunsur pantun.  Ia dilagukan sambil bermain gendang dan tukang tari pula akan menari di sekeliling pesakit sambil turut membaca mantera yang boleh kita fahami.   ...

KENANGAN

Menyorot waktu-waktu terluang dalam bulan yang mulia ini aku merasakan ada sesuatu yang kurang.  Entah kenapa, akhir-akhir ini aku sering mengingatkan sesuatu yang telah lama berlalu dan detik itu tidak mungkin dapat kembali lagi.  Sentuhan deria yang ada pada diri, emmbuatkan aku tidak mungkin dapat melupakan detik-detik itu.  Aku kembali menjadi sayu dan sunyi.     Siapa sangka detik itu datang semula bersama angin.  membawa bicara dan rasa yang telah lama menjauh.  Namun aku bahagia dengan kembalinya rasa itu.  Aku tidak pernah mengharapkannya kembali, tetapi kembalinya itu, bagiku adalah anugerah yang tidak ternilai dan hanya aku sahaja yang mampu mengerti tentang betapa mahalnya detik itu.      Sungguh, dalam suasana begini, siapalah aku kini.  Untuk mengharapkan sebuah mimpi menjadi kenyataan.  Bukan mustahil tetapi hampir mustahil.  bak kata orang dua dunia yang berbeza umpama langit dan bumi, mana mungkin...