KENANGAN

Menyorot waktu-waktu terluang dalam bulan yang mulia ini aku merasakan ada sesuatu yang kurang.  Entah kenapa, akhir-akhir ini aku sering mengingatkan sesuatu yang telah lama berlalu dan detik itu tidak mungkin dapat kembali lagi.  Sentuhan deria yang ada pada diri, emmbuatkan aku tidak mungkin dapat melupakan detik-detik itu.  Aku kembali menjadi sayu dan sunyi.
    Siapa sangka detik itu datang semula bersama angin.  membawa bicara dan rasa yang telah lama menjauh.  Namun aku bahagia dengan kembalinya rasa itu.  Aku tidak pernah mengharapkannya kembali, tetapi kembalinya itu, bagiku adalah anugerah yang tidak ternilai dan hanya aku sahaja yang mampu mengerti tentang betapa mahalnya detik itu.
     Sungguh, dalam suasana begini, siapalah aku kini.  Untuk mengharapkan sebuah mimpi menjadi kenyataan.  Bukan mustahil tetapi hampir mustahil.  bak kata orang dua dunia yang berbeza umpama langit dan bumi, mana mungkin mampu bersatu lagi.  tapi apa pun ia tetap anugerah dan harapan tetap ku sandarkan.  
     Ingin kunyatakan pada awan, bawalah aku padanya.  Ingin kubisikkan pada bayu.  Merdukanlah suaraku untuk aku mampu melontarkan kata-kata.  Ingin kunyatakan pada alam, di manakah patut kutemuinya.  Ingin ku pautkan rasa pada tangkai kata ini.  Biar semua tahu bahawa aku kini dalam adalah sang perindu yang ingin menggamit sebuah kenangan menjadi kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

MALU DALAM PANTUN MELAYU

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN