Aku berasal daripada keluarga yang kecil. Tidak ramai ahlinya. Ibu bapa yang merantau ke Hulu Pahang membuatkan aku tidak begitu mengenali kerabat yang berada di Kelantan. Inilah nasib perantau yang ingin merubah kehidupan agar tidak berada dalam kelimpok dhaif dan melarat. Cuma ada tiga orang adik beradik, termasuk aku. Inilah keluarga ku. Hidup berlima dan hanya aku yang paling lama bersama ayah bonda. Hal ini ketana abang dan kakakku berkahwin dalam usia muda dan akau berkahwin setelah berumur dua puluh lapan tahun. Setelah ketiadaan ayahnda pada tahun 2002 dan bonda pada tahun 2005, keluargaku menjadi semakin kecil. Apatah lagi denga berlakunya penhijrahan dalam mencari sesuap nasi. Aku menetap di Kajang Selangor, manakala kakak di Gua Musang dan abang yang masih kekal di kampung. Inilah yang membuatkan keluarga kecil ini semakin menjauh di jiwa ahlinya. Abangku dengan keluarganya yang begitu. Aku pula begini dan...
Posts
Showing posts from 2013
- Get link
- X
- Other Apps
WANITA DAN BUNGA Wanita dan bunga ini seolah-olah satu hal yang tidak dapat dipisahkan. Kalau kita menyebut tentang wanita, kita tidak dapat lari daripada perbandingannya iaitu bunga. Asal ada gadis adalah bunga, dan asal ada bunga, itulah wanita. Kedua-duanya memainkan peranan yang amat penting. Tapi kenapa bunga tidak dipadankan dengan lelaki. Kita amat jarang, malah tidak pernah mendengar bunga di analogikan untuk lelaki, melainkan benda lain seperti nama binatang contohya kumbang, harimau, buaya dan lain-lain. Ini sukar di cari sebabnya. Mungkin orang dahulu melihat wanita yang lebih sukakan bunga, sama ada berguna untuk mandi “mandi bunga”, untuk diletakkan di dalam rumah sebagai alat pewangi, atau juga untuk hiasan peribadi di sanggul kepala atau juga untuk dunia perubatan. Kelembutan dan keunikan sekuntum bunga itu amat berseni dan hanya yang tahu sahaja yang mampu menilainya. ...
- Get link
- X
- Other Apps
HANYA CETUSAN PENDAPAT Pucuk pauh delima batu, anak sembilang di tapak tangan; sungguh jauh beribu batu, di mata hilang di hati jangan. pucuk pauh delima batu, air sambilan di tapak tangan; sungguh jauh ke negeri satu, di mata hilang di hati jangan. Dua rangkap pantun di atas memang biasa kita dengar. Cuma kadang-kadang kita tidak selalu menggunakannya atau membacanya atau memantunkannya. Hal ini terjadi kerana kita kini semakin jauh dengan puisi-puisi Melayu tradisi ini. Apatah lagi dengan keadaan dunia yang semakin moden dan tidak memungkinkankita untuk mengaplikasikan pantun dalam kehidupan seharian. Anak-anak muda kini lebih senang dengan penggunaan gajet yang canggih dan perkataan yang ringkas yang mana hanya mereka sahaja yang memahami. Cuma sesekali kita mendengar pengucapan ini dilontarkan oleh juruacara untuk pembukaan sesuatu majlis rasmi. Kalau k...