Aku berasal daripada keluarga yang kecil. Tidak ramai ahlinya. Ibu bapa yang merantau ke Hulu Pahang membuatkan aku tidak begitu mengenali kerabat yang berada di Kelantan. Inilah nasib perantau yang ingin merubah kehidupan agar tidak berada dalam kelimpok dhaif dan melarat. Cuma ada tiga orang adik beradik, termasuk aku. Inilah keluarga ku. Hidup berlima dan hanya aku yang paling lama bersama ayah bonda. Hal ini ketana abang dan kakakku berkahwin dalam usia muda dan akau berkahwin setelah berumur dua puluh lapan tahun.
Setelah ketiadaan ayahnda pada tahun 2002 dan bonda pada tahun 2005, keluargaku menjadi semakin kecil. Apatah lagi denga berlakunya penhijrahan dalam mencari sesuap nasi. Aku menetap di Kajang Selangor, manakala kakak di Gua Musang dan abang yang masih kekal di kampung. Inilah yang membuatkan keluarga kecil ini semakin menjauh di jiwa ahlinya. Abangku dengan keluarganya yang begitu. Aku pula begini dan kakak, seadanya.
Sesekali bila mendapat peluang, aku tetap akan kembali ke kampung. Meskipun hanya untuk menjengan buat seketika. Pernah juga, walaupun aku menginap di hotel di Kuala Lipis, waktu senggang tugasan aku tetap akan kembali ke kampung hanya untuk minum secaran teh bersama dua tiga orang kawan dan kembali semuala ke Kuala Lipis selepas itu. Jaraknya seputar 200 km (pergi dan balik) tidak membuatkan aku berasa terlalu jauh.
Aku bertemu dengan abang, hanya untuk berjumpa dan mendapat khabar. Kulihat wajahnya kini semakin letih dan resah. Sungguh. Aku mahu membantu, namun aku tidak berupaya. Abangku kini dalam keadaan yang resah dan jiwanya semakin sebah. Aku tahu, dia banyak memendamkan perasaan yang tidak mampu dilunaskan pada sesiapa. Jiwanya merintih. hatinya sedih. Namun kini kekuatan jiwanya semakin lemah. Aku amat emmahami hal ini. Sesekali bila mendapat peluang berbicara dengannya, beberapa hasrat terluah daripada dua bibirnya yang lemah.
Pernah dia cuba untuk bercerita, tetapi dia tidak mampu meluahkan kata. resah dengan keadaan keluarga yang membuatkan perasaannya semakin tua itu semakin menderita. Pernah juga dia berhasrat untuk menjual semua hartanya dan tinggal di tempat yang tidak ada orang mengenalinya. Dia inginkan keadaan yang damai dan aman secara sendirian. Aku amat terharu dengan hasratnya itu. Namun kalau dia meninggalkan keluarganya, kemanakah yang perlu di tuju. Lalu aku pernah bersuara agar dia mengabdikan diri kepada Allah dalam hayat yang masih ada. Carilah pondok-pondok pengajian agama yang jauh dan tinggallah di situ. Insya-Allah akau akan cuba sentiasa menghubunginya. Dia terdiam. Mungkin memikirkan cadangan atau kesanggupan. Aku tidak pasti.
Aku sedar yang jiwanya semakin bernanah. Namun untuk mengubati dan membetulkan keadaan, dia sudah tidak mampu. Dia menjadi seorang pelarian di kampung halaman sendiri. Hanya aku tempat yang masih boleh untuk dia meluahkan perasaannya. namun aku tidka tinggal bersama. Hanya sesekali sahaja aku mampu menjenguknya di kampung. Kalau balik pun, aku terpaksa mencarinya di dalam kebun. Tempat itulah yang mampu mendamaikan hatinya setakat ini. Mengharapkan anak-anak menjengah, terlalu jarang. Apatah lagi anak-anak saudara yang telah "senang".
Aku pernah terniah untuk "menyatukan" keluarga kami, yang pada hakikatnya tidak pernah terputus pun. Amat ingin rasanya aku berkumpul di mana-mana, membuat majlis tahlil, dan juga makan-makan bersama. tetapi aku tidak mampu kerana aku bukannya terlalu senang. Dua orang anakku yang kini sedang menuntut di Universiti memerlukan pembiayaan yang banyak. Hasrat ini lalu terkubur begitu sahaja.
Alangkah indahnya kalau dapat berkumpul, aku dan keluargaku, kakak dan anak-anaknya, serta abangku yang berkemungkinan hanya dia seorang sahaja kerana kami tidak memerlukan yang lain. Hasratnya untuk membawa abangku dan bercerita dalam situasi hanya dia, dan tidak diganggu oleh 'yang lain'. tapi di mana dan bila.
Kini hari raya aidil fitri semakin menjelang tiba. Aku menjadi resah bila sesekali melamun dan mengenangkan tentang keluargaku. Kalau aku kaya, pastinya setai tahu aku akan mensyaratkan semua ahli keluargaku berkumpul dan bercerita tentang kami. Aku rindukan saat-saat ini yang masih belum kutemui.
Hari raya bagiku hanyalah sekadar hari untuk balik ke kampung. Tidak ada istimewanya. Kerana aku belum mampu mendapat keindahan selagi hasrat ini tidak kesampaian. Mungkin meriah pada anak-anak tetapi aku? Sekadar menjengah pusara orang tua, menziarahi kakak. Bersalaman dengan abang. Itu sahaja. namun balik tetap balik walaupun hanya seketika kerana rinduku pada kampung kalaman tidak pernah terpadam.
Hari raya yang bakal tiba. Persiapan hanya la kadar. Bukan itu yang menjadi kebanggaanku. Bukan itu yang mendatangkan kebahagiaanku. Selain sapaan, selain pertanyaan tentang kesihatan dan kebahagiaan. namun tidak ada sesiapapun yang bertanya. Alangkah sibuknya dan mereka, atau nama ini sudah tidak ada dalam ingatan. Aku pasrah. Kini aku juga mula terasa bahawa aku bakal merasai apa yang abangku rasai.
Aidil Fitri, andai aku dapat bertemu teriam kasih Ya Allah. Namun sebelum itu, kau temukanlah aku dengan malam Al-Qadarmu. Hanya itu pintaku.
Comments
Post a Comment