Posts

Showing posts from April, 2017
Image
Biar gambar yang bercerita

Sepanjang Jalan

Sepanjang Jalan Bila melihat suasana sekarang, terlalu ramai antara kita sudah tidak memikirkan masalah orang lain.  Sama ada mereka sebagai, datuk dan nenek, ibu dan bapa mahupun anak-anak.  Sikap mementingkan diri sendiri semakin beraja dalam nubari masing-masing.  Apakah disebabkan dunia semakin berupab atau desakan hidup yang menekan.  Penghormatan kepada orang tua semakin terpinggir.  Anak-anak lebih mementingkan kawan dari abu bapa.  Banyak yang menganggap itu perkara yang biasa-biasa sahaja.  Menjaga hari orang tua bukan keutamaan lagi buat masa ini. Kalau dahulu, kita di ajar dengan tertib dan hormat kepada sesiapa sahaja yang lebih tua.  Namun budaya kini, penghormatan akan diberikan jika diminta, bukan lahir dari hati yang dalam.  Biar di ajar sebanyak mana pun, akhirnya sikap akan kembali dalam arus dan budaya semasa. Adat duduk dengan ibu bapa, Elokkan laku bertegur sapa, Baikkan budi luruskan sangka, Lembutkan li...
Image
(Gambar Hiasan) MAIN PUTERI Main Puteri merupakan satu permainan ritual dan simbolis terhadap sesuatu.  Tidak lain hanya untuk memberikan semangat dan membantu memulihkan semangat orang yang memerlukan.  Tidak diketahui mana yang dahulu dan mana yang kemudian.  Yang ada di Kelantan dipercayai di mulakan semasa pemerintahan kerajaan Jembal yang terletak di sebelah timur Kelantan. Ia dimainkan oleh Putera/Pantera Gegani Hawa yang berahi atau gila kepada Puteri Sekuntum Bunga.  Puteri Sekuntum Bunga ini ialah anak kepada Tok Raja Ketek, yang bersemayam di Tasik Gedombak.  Puteri Sekuntum Bunga ini mempunyai adik-beradik yang bergelar Hulubalang Sekuntum Bida dan Hulubalang Sikera Putih.  Permainan ini dimulakan semasa kerajaan Jembal yang mana bertujuanuntuk mengubat luka hati Puteri Jembal. Secara umumnya Permainan Puteri ini dikaitkan dengan menyambung pada yang patah, membaik pada yang retak atau dengan istilah lain ‘to weldin...