Sepanjang Jalan



Sepanjang Jalan


Bila melihat suasana sekarang, terlalu ramai antara kita sudah tidak memikirkan masalah orang lain.  Sama ada mereka sebagai, datuk dan nenek, ibu dan bapa mahupun anak-anak.  Sikap mementingkan diri sendiri semakin beraja dalam nubari masing-masing.  Apakah disebabkan dunia semakin berupab atau desakan hidup yang menekan.  Penghormatan kepada orang tua semakin terpinggir.  Anak-anak lebih mementingkan kawan dari abu bapa.  Banyak yang menganggap itu perkara yang biasa-biasa sahaja.  Menjaga hari orang tua bukan keutamaan lagi buat masa ini.

Kalau dahulu, kita di ajar dengan tertib dan hormat kepada sesiapa sahaja yang lebih tua.  Namun budaya kini, penghormatan akan diberikan jika diminta, bukan lahir dari hati yang dalam.  Biar di ajar sebanyak mana pun, akhirnya sikap akan kembali dalam arus dan budaya semasa.

Adat duduk dengan ibu bapa,
Elokkan laku bertegur sapa,
Baikkan budi luruskan sangka,
Lembutkan lidah maniskan muka,
Duduk bertanya minta petua,
Taati suruh dengan larangnya,
Patuhi tunjuk dengan ajarnya,
Teladani sifat  contoh budinya.

Bila hidup dengan derhaka,
Lambat laun badan celaka.


Dekatilah pantun, kerana di situ, banyak ilmu terhimpun.
Ungkapan Melayu mengatakan;

Rezeki jangan mematikan, harta jangan membutakan, nikmat jangan menyesatkan.

Pantang bercakap tidak beradab,
Pantang berkata tidak semenggah,
Pantang berbual tidak berakal.

Walau disebut pantun kelakar,
Tersalah sebut jadi bertengkar.

Walau disebut pantun nasihat,
Salah sampai jadi mudarat.

Apabila menyanyi pantun menyalah,
Tuah lari aib terdedah.

Inilah kebijakan orang melayu yang tidak ada pada bangsa lain.

Akhir kata;

Mengapa basah batang rumbia,
Hujan turun tidak beragak;
Bila salah terhutanglah saya,
Mohonlah ampun banyak-banyak.


 “Dekatilah pantun, di situ banyak ilmu tersusun”

Comments

Popular posts from this blog

MALU DALAM PANTUN MELAYU

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN