Cerpen Baru
Ayusari mj DENDAM ARJUNA Pohon itu terlalu tinggi. Melayut di tengah-tengah kota. Sesiapa pun boleh melihatnya dari jauh. Meskipun tidak berdahan, namun pohon itu semakin dilihat meninggi pada setiap kali orang yang memandangnya. Dahannya tidak kelihatan langsung. Tetapi di atas sekali terdapat dua helai pucuk yang tumbuh. Dua helai pucuk yang mula menguakkan kembangnya seolah-olah melambangkan kuasa yang akan tetap berkembang. Tidak ada siapa yang berani mempertikaikan kewujudan pohon itu. Tidak ada sesiapa yang mahu menyanggah kehadiran pohon itu. Pohon itu juga adalah lambang. Kata mereka. Lambang itu tidak mungkin dapat disanggah dengan apa cara sekalipun. Lambang itu adalah mercu tanda kemajuan yang mereka capai. Tidak ada sesuatu alat pun yang boleh menidakkan kehadiran lambang itu. Tegap dan melayut. Tidak mungkin tumbang kalau ditolak dengan jentera yang seberat mana pun. Silap-silap, jentera itu akan lenyek kalau dihempap oleh salah satu pucuk yang berada di pu...