MALAM TERAKHIR

(buat mereka yang mengenali)


Angin yang membeku di bawah bulan
melepaskan tarian yang layu di musim semi
malam menghitung nafas yang tersisa

satu minit lagi
awan akan berjumpa matahari
apakah yang harus dilakukan
demi mengisi sendu terakhir.
tidak akan ada lagi perjumpaan
kerana gelap tidak mahu lagi mengundur
dan malam sekali lagi merindu
mungkin kabut berkibar setulus rindu
sebelum perpisahan
mengusir semua kesempatan


DBP; 2010

Comments

Popular posts from this blog

MALU DALAM PANTUN MELAYU

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN