KIRIMKAN AKU DOA

Kirimkan Aku Doa

Kirimkan aku doa sayang
bila aku tidak lagi di sini
aku inginkan
sebuah senyuman seharga kepiluan
kau bayarkan tunai diperbaringan terakhir

mungkin mataku tidak lagi menemukan
tetapi aku tahu butir sesalmu lahir
sekadar menemani kesunyianku,
melewati hari-hari bisu
atau kau lupa sisa kenangan
yang menebarkan kisah lara
di lembar-lembar puisi yang terhampar
turut terkubur hingga kau pun menemuiku
dan kita saling membiarkan
doa menjadi sarapan

kirimkan aku doa sayang
jika jiwamu masih berpayung
kerana sebaris kiriman tulus yang sampai
adalah mahkota pelukan wangi
antara roh-roh yang menyatu
menjadi saksi tak terbaca
bahawa di sini ada titisan hujan
yang kering dan tak pernah bening.
kepiluan ini tidak lagi bererti
bagi diam yang abadi.

DBP; 2010

Comments

Popular posts from this blog

MALU DALAM PANTUN MELAYU

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN