Posts

Showing posts from December, 2015

MALU DALAM PANTUN MELAYU

Image
Assalamualaikum.  Kita lihat dahulu pantun ini; Mati benalu di dahan kayu,      Patah kayu menimpa keladi; Mati Melayu kerana malu,      Kalah Melayu kerana budi. Pantun ini memberikan kita dua hal utama yang menjadi pantang iaitu "Malu" dan  "Mati". Melayu lebih rela mati daripada menanggung malu dan Melayu juga kalah dengan budi.   Malu dalam pantun di atas merujuk kepada istilah “rasa malu”. Istilah-istilah Melayu yang merujuk kepada pekara ini termasuklah, “berasa aib”, “rasa segan” dan juga “segan silu”. Orang yang menunjukkan perasaan malu, akan diperikan sebagai “malu-malu” dan “takut-takut”. kata orang tua-tua; “kalau malu sudah hilang, hidupnya sama dengan binatang” “kalau malu berbuat ibadat, dunia akhirat hidup sesat” “Kalau malu bekerja, hidup pun sengsara” “Kalau malu beramal, alamat mati tidak berbekal.” Secara umumnya, malu merupakan perasaan rendah diri ataupun berasa segan silu terhadap...

RINDU

Image
Biar hanya gambar yang bercerita
Image
Sesekali menjengah laman anak saudara yang begitu bersemangat, aku juga teringin mengikut jejaknya.  Bercerita dari hati yang dalam.  Semangatnya membuatkan seorang bapa saudara berasa terpegun, dan kini dia hampir menerbitkan sebuah buku didasari pengalamannya.  Aku yang sentiasa menyibukkan diri ke hulu dan kehilir dengan tugas yang tidak sehebat mana ini, berasa ketinggalan amat jauh. Bidang penulisan sudah lama tidak ku jejaki lamannya.  Cerpen yang semakin hilang, novel yang tidak pernah mampu disiapkan malahan puisi juga tidak tercuit kini.  Cuma terkadang sesekali bersama-sama teman menghadiri dan melaksanakn majlis di mana-mana.  Ini majlis yang kuanjurkan di sebuah sekolah di Pahang.  Semangat anak-anak sekolah dalam mengambil bahagian dapat dipuji.  Aku tidak tahu, apakah kerana terpaksa atau dengan rela.  Namun hakikatnya mereka kelihatan bersemangat dalam bengkel dan kegiatan. Teruskanlah perjuanganmu, biar berkembang...