Sesekali menjengah laman anak saudara yang begitu bersemangat, aku juga teringin mengikut jejaknya.  Bercerita dari hati yang dalam.  Semangatnya membuatkan seorang bapa saudara berasa terpegun, dan kini dia hampir menerbitkan sebuah buku didasari pengalamannya.  Aku yang sentiasa menyibukkan diri ke hulu dan kehilir dengan tugas yang tidak sehebat mana ini, berasa ketinggalan amat jauh.

Bidang penulisan sudah lama tidak ku jejaki lamannya.  Cerpen yang semakin hilang, novel yang tidak pernah mampu disiapkan malahan puisi juga tidak tercuit kini.  Cuma terkadang sesekali bersama-sama teman menghadiri dan melaksanakn majlis di mana-mana.  Ini majlis yang kuanjurkan di sebuah sekolah di Pahang.  Semangat anak-anak sekolah dalam mengambil bahagian dapat dipuji.  Aku tidak tahu, apakah kerana terpaksa atau dengan rela.  Namun hakikatnya mereka kelihatan bersemangat dalam bengkel dan kegiatan.

Teruskanlah perjuanganmu, biar berkembang ilmu umpama bunga yang mekar.  Kerana ilmu itu andai menjadi kebaikan pada orang lain, pahalanya akan berpanjangan bakal kau peroleh.  Usah dihiraukan segala onak, usah disesali segala sesak.  Kerana nafas yang ada perlu dimanfaatkan untuk berbakti.  Kebanggaan ini tidak mudah untuk dikiamkan.  Kerana sebuah kebanggaan akan menjadi mercu kepada sebuah landas kesempurnaan.


Tahniah dan syabas

Comments

Popular posts from this blog

MALU DALAM PANTUN MELAYU

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN