MALU DALAM PANTUN MELAYU
Assalamualaikum. Kita lihat dahulu pantun ini; Mati benalu di dahan kayu, Patah kayu menimpa keladi; Mati Melayu kerana malu, Kalah Melayu kerana budi. Pantun ini memberikan kita dua hal utama yang menjadi pantang iaitu "Malu" dan "Mati". Melayu lebih rela mati daripada menanggung malu dan Melayu juga kalah dengan budi. Malu dalam pantun di atas merujuk kepada istilah “rasa malu”. Istilah-istilah Melayu yang merujuk kepada pekara ini termasuklah, “berasa aib”, “rasa segan” dan juga “segan silu”. Orang yang menunjukkan perasaan malu, akan diperikan sebagai “malu-malu” dan “takut-takut”. kata orang tua-tua; “kalau malu sudah hilang, hidupnya sama dengan binatang” “kalau malu berbuat ibadat, dunia akhirat hidup sesat” “Kalau malu bekerja, hidup pun sengsara” “Kalau malu beramal, alamat mati tidak berbekal.” Secara umumnya, malu merupakan perasaan rendah diri ataupun berasa segan silu terhadap...
Comments
Post a Comment