HANYA CETUSAN PENDAPAT

Pucuk pauh delima batu,
      anak sembilang di tapak tangan;
sungguh jauh beribu batu,
      di mata hilang di hati jangan.


pucuk pauh delima batu,
      air sambilan di tapak tangan;
sungguh jauh ke negeri satu,
      di mata hilang di hati jangan.

Dua rangkap  pantun di atas memang biasa kita dengar.  Cuma kadang-kadang kita tidak selalu menggunakannya atau membacanya atau memantunkannya.  Hal ini terjadi kerana kita kini semakin jauh dengan puisi-puisi Melayu tradisi ini.  Apatah lagi dengan keadaan dunia yang semakin moden dan tidak memungkinkankita untuk mengaplikasikan pantun dalam kehidupan seharian.  Anak-anak muda kini lebih senang dengan penggunaan gajet yang canggih dan perkataan yang ringkas yang mana hanya mereka sahaja yang memahami. Cuma sesekali kita mendengar pengucapan ini dilontarkan oleh juruacara untuk pembukaan sesuatu majlis rasmi.

Kalau kita lihat pantun di atas, perbezaan hanya pada baris ke tiga, iaitu sungguh jauh beribu batu dan sungguh jauh ke negeri satu.  Namun untuk baris ini sahaja telah ebrlaku banyak perdebatan dan perbahasahan, kerana ia memberikan perbezaan makna yang amat jauh dan ketara.

Kalau kita perhatikan pada pantun untuk rangkap pertama yang di dalam kuplet " sungguh jauh beribu batu, di mata hilang di hati jangan".  Satu pendapat mengatakan bahawa ia bermaksud ingatan seseorang yang merantau yang sedang bercinta atau mengenangkan kekasihnya di kampung halaman.  Apabila mengenangkan kekasihnya di kampung halama, dia ingin meberikan sesuatu sebagai hadiah.  Ini membuatkan dia telah menempah sepasang anting-anting yang bercorak pucuk pauh dan diletakkan batu delima  anting-anting berkenaan.  manakala bentuk anting-anting itu pula agak bengkok umpama atau seperti bentuk anak sembilang yang berada di tapak tangan di mana ekornya di atas dan kepalanya di bawah.  

Ringkasnya, saya lebih bersetuju dengan kaedah dan andaian pada pantun rangkap pertama ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji dahulu yang mengklasifikasikan pantun ini sebagai sebuah pantun kasih sayang atau pantun percintaan.  Dan ini tidak lari daripada segi logiknya.  Seseorang itu mungkin sahaja membayangkan keindahan dan keunikan sesuatu barangan yang amat istimewa yang ingin diberikan kepada seseorang yang amat istimewa.

Namun begitu, terdapat pertikaian tentang andian ini.  Mereka mengatakan bahawa baris sebenar ialah "sungguh jauh ke negeri satu".  Walaupn pantun ini masih berkisar kepada temanya iaitu kasih sayang, tetapi perbezaannya ialah antara hidup dengan mati.  Pantun rangkap pertama ialah kasih sayang antara yang hidup dan pantun yang kedua ialah kasih sayang antara yang hidup denga nyang mati.  "Negeri satu" memberi maksud "alam baqa'" atau "akhirat".  kedua-duanya memberi erti pergi yang tidak akan kembali.

Hal inilah yang membuatkan mereka lebih yakin "walaupun telah kembali kerahmatullah" yang memberi makna tidak akan kembali.  Walaupun telah pergi selama-lamanya, tapi harapan pemantun, ingatan terhadap jasa dan segalanya tidak boleh hilang bersama pemergiannya.

Logiknya tetap ada di sini.  Namun kalau kita telusuri struktur pantun, maka kita mungkin akan sedikit tertanya-tanya.  bagi saya dan umum juga tahu bahawa peranan dan hubungan antara kuplet pembayang dan juga kuplet maksud.  Hal ini memang berlaku dalam puisi tradisi terutama dalam pantun klasik.  Seseorang pengarang pantun tidak akan membina kuplet pembayang yang tidak ada kena mengena dengan kuplet maksud. (maaf jika anggapan ini salah)

Saya tidak begitu bersetuju dengan baris ketiga pada pantun rangkap kedua ini kerana bagi saya hubungan antara pucuk pauh dengan orang yang meninggal dunia agak jauh dan tidak pernah saya dengar.  Betul. Ada pendapat mengatakan bahawa air sambilan dan pucuk pauh amat rapat dan memberikan hubungan akrab dengan kuplet maksud.  Hal ini kerana air sambilan ialah air mandian jenazah dan pucuk pauh digunakan untuk memandikan orang yang meninggal dunia.

Persoalannya! Apakah pucuk pauh digunakan oleh orang dahulu semasa memandikan jenazah?  Alasannya supaya iar itu berbau wangi.  kalau andaian ini betul, kenapa kini tidak ada oran gyang menggunakan pucuk pauh apabila memandikan jenazah?  Mereka kini banyak menggunakan daun bidara.

Inilah yang menjadi persoalan.  Seandainya pucuk pauh digunakan semasa memandikan jenazah, saya beranggapan ia agak kurang tepat kerana kini (rasanya) tidak ada lagi orang yang menggunakan pucuk pauh. Jika ada - boleh buktikan pada saya.  Satu lagi persoalan ialah, seandainya untuk kita katakan bahawa "pucuk pauh delima batu, air sambilan di tapan tangan" sebagai pembayang?  Ini kerana jika ia dikaitkan dengan pemandian jenazah maka saya rasa ia lebih bersifat kuplet kenyataan, bukan bayangan kepada maksud yang ingin di sampaikan.

Inilah uniknya pemikiran orang Melayu dahulu.  Hanya melalui serangkap pantun yang memiliki jumlah perkataan yang terhad, maka ia membolehkan masyarakat selepasnya mengkaji dan terus mengkaji dengan andaian dan tafsiran yang tidak pernah habis.

Wallah Huaklam.

Comments

  1. salam.mengikut apa yg dikatakan oleh ayah sy(beliau adalah guru sastera)anak sembilan bermaksud cincin yg diikat oleh batu delima.dan bukanlah anak sembilang(ikan).

    ReplyDelete
  2. Menterjemah makna serangkap pantun bergantung kepada tanggapan dan logik semasa. Tidak ada salahnya. Cuma saya kurang faham dengan maksud cincin yang diikat denan batu delima spt yang saudari terangkan. Mungkin batu delima itu diikat denan sembilan cengkaman (kuku rimau) pada batu delima tersebut. tetapi untuk menterjemahkan serangkap pantun harus sesuai dengan situasi dan selari dengan hukum logik.

    ReplyDelete
  3. Pucuk pauh warna merah hati.
    Delima batu warna merah hati.
    (Cincin) anak sembilan.
    Semuanya perlambangan cinta yang amat sangat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MALU DALAM PANTUN MELAYU

KEINDAHAN BAHASA DALAM PANTUN