Posts

Showing posts from 2017
WAYANG KULIT  -  Che Leh Che Ya Penyelidik:  MOHD JUSOH MAJID Assalamualaikum, Waalaikummussalam . Apa khabar?  Khabar baik Lama tak bertemu ya, ini baru bertemu pulak . Sekarang ini masih bermain wayang lagi? Main begitu-begitu saja lah . Boleh tak ceritakan bagaimana sejarah bermain wayang sehingga tahap ini . Ketika saya berumur tiga belas tahun saya jatuh sakit, bila malam saya seperti mengigau dengan menuturkan kata-kata seperti dalang wayang kulit yang pernah saya tonton .   Biasa orang akan berkata mengigau kerana tidak basuh kaki semasa hendak tidur, kemudian saya memohon doa kepada Tuhan minta disembuhkan sakit saya dan kalau betul saya berketurunan darah hulubalang , kalau sembuh saya nak buat wayang .   Apabila sembuh saya pun cari sekeping kulit dan saya buat wayang .   Saya buat sendiri, tidak meniru apa-apa atau pergi mengambil pelan (lakaran) .   Bila dah siap buat, saya pun bermain wayang .   Mas...
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN MELAYU DALAM SYAIR MADHI Kita bercerita sedikit tentang falsafah dan pemikiran Melayu dan syair kali ini saya ambil SYAIR MADHI.  Cuma kita sentuh sedikit sahaja. Kalau kita melihat puisi tradisional Melayu yang kita fokuskan ialah Syair.  Selalu saya katakan bahawa pengarang sebenarnya tidak mengarang sesebuah syair itu dengan tidak memikirkan peranan dan fungsinya. Ada.  Dan ia boleh kita lihat dalam pelbagai bentuk.  Dan kali ini kita melihat sedikit apa yang dikatakan falsafah dan pemikiran dalam syair Madhi ini. Ringkasan. Madhi, (Hero) anak seorang Raja Maghribi.  Jatuh cinta terhadap Ratna Asykiyah, anak Raja Parsi. Asykiah dan kakaknya Ratna Baduyah telah difitnah oleh ibu tiri dan dibuang ke dalam hutan. Mereka ditemui oleh Tarafah puteri Raja Badwi lalu diambil dan dijadikan hamba.  Di sinilah bermulanya hikayat antara Madhi dengan Ratna Asykiyah. Akhirnya Putera Madhi berkahwin dengan Ratna Asykiyah.  Namu...