WAYANG
KULIT -
Che Leh Che Ya
Penyelidik: MOHD JUSOH MAJID
Assalamualaikum,
Waalaikummussalam.
Apa
khabar?
Khabar baik
Lama tak bertemu ya, ini baru bertemu pulak.
Sekarang ini masih bermain wayang lagi?
Main begitu-begitu saja lah.
Boleh tak ceritakan
bagaimana sejarah bermain wayang sehingga tahap ini.
Ketika saya
berumur tiga belas tahun saya jatuh sakit, bila malam saya seperti mengigau
dengan menuturkan kata-kata seperti dalang wayang kulit yang pernah saya tonton. Biasa orang
akan berkata mengigau kerana tidak basuh kaki semasa hendak tidur, kemudian
saya memohon doa kepada Tuhan minta disembuhkan sakit saya dan kalau betul saya
berketurunan darah hulubalang , kalau sembuh saya nak buat wayang. Apabila sembuh saya
pun cari sekeping kulit dan saya buat wayang. Saya buat sendiri, tidak meniru apa-apa atau
pergi mengambil pelan (lakaran). Bila dah siap buat, saya pun bermain wayang. Masa itu
tidak ada guru lagi. Saya main sendiri-sendiri.
Berapa
orang main tu?
Main dengan
kawan-kawan saja. Ada
yang memalu besen, asalkan ada bunyi. Saya pula curi kain sembayang ibu saya untuk
buat layar wayang . Kami mainlah malam-malam sendiri-sendiri dan
kebetulan pula ada satu ketika ada orang kampung membuat kenduri, dan tuan
kenduri mengundang kami bermain wayang dengan menyediakan panggung (pentas). Jadi kami
pun bermainlah di atas panggung. Setelah bermain selama tiga malam di majlis
kenduri tadi, orang kampung pula suka dan bersetuju dengan permainan tersebut. Lalu kami
pun membuat layar yang lebih besar.
Pekakas
(alat muzik) pada masa itu?
Pekakas pada
masa itu masih lagi tin. Orang dulu cuma beri pulut sebesar labu betis
sebagai upah main wayang. Alat muzik pula kami pikul bawa balik kerana
tin ketika itu tidak laku nak jual. Setelah agak lama main wayang di majlis
kenduri, kebetulan pula pada masa itu arwah ayak kenal dengan Tok Menora Tapuk
di kampung Beruk (sekarang dipanggil kampung Jambu). Kemudian dia (ayah) pun pergi bersama
kawannya yang bernama Awang Hitam, minta peralatan wayang dengan Tok Menora
Tapuk. Mintak terus la sebab pada masa tu kalau nak
beli pun tak ada wang. Setelah ada peralatan tadi, saya pun main la bila
ada undangan. Kemudian saya berhenti bermain. Saya
memikirkan main wayang kulit tapi tak ada guru yang mengajar. Saya takut
kalau-kalau ada orang yang bertanya salsilah tentang wayang ni dating daripada
mana. Saya nak beritahu salsilah atau sejarahnya
pun tak mungkin kerana saya sendiri tidak pernah belajar dan tidak tahu. Kata orang
anak ayam pun ada bapak. Ketika itu umur saya masuk empat belas tahun. Kemudian
saya pun pergi ke Thailand
dan kebetulan anak sepupu nenek saya yang bernama Che Wil tinggal dan bermain
wayang di sana . Daripada beliaulah saya dapat tahu tentang
sejarah wayang tapi masih belum belajar bermain wayang. Cuma ketika itu dia bermain dengan Sinar Lima. Kalau di
Kelantan ada Wak Long dan Pak Dogol, tapi ditambah tiga lagi di Thailand mereka
bermain Wak Soh, Wak Yah, Samad, Said. Belajar yang itu saja pun mengambil masa
tahun. Belajar Wak Soh bagaimana, Wak Yah bagaimana,
Samad bagaimana, Said bagaimana. Setelah saya yakin boleh bermain saya pun
kembali ke Kelantan dan bermain wayang.
Bagaimaan
cara Wak Soh dalam wayang?
Contohnya kalau di
Kelantan Pak Dogol bercakap “Patik ada ku”, tapi kalau wayang Siam (Thailand ) sebagai contoh bila Serama panggil;
“Pengasuh,
menstakta tua Kusina Mat Jusoh”
maka dijawab
“Patik sembah loli tuanku” suaranya seakan-akan sengau.
Siapa tu, Wak Soh?
Ya Wak Soh. “Patik sembah loli tuanku, harap ampun belibu
ampun, harap ko maaf belibu maaf”
Boleh kah tunjukkan perbezaan satu persatu antara Samad,
Said dll. !
Contohnya seperti Wak
Yah, di sana
dia dipanggil Wak Soh.
“Pengasuh abang Wak
Yah”
“Patik sembah loli
tuanku” bunyi di hujung lidah. Dia telo (pelat).
Kalau Samad;
“Pengasuh abang samad”
“Emghhhhhh patik ada”. Suara dia
seakan-akan keluar dari graham.
Pengasuh Said;
“Emmm patik sembah
ku” Suara dia kena tekan sikit.
“Hamba keluar ni,
tuanku nak menjatuhkan hukum mana dan meletakkan adapt mana?” kata pengasuh Wak Soh. Dia orang tua, dan dia mesti bercakap seperti yang
dikatakan tadi.
“Tuanku nak
manjatuhkan hokum mana sebelum putus, adapt mana sebelum kerat”
Jawab
Serama;
“Hamba
keluar ini pengasuh, nak periksa rakyat, tentera. Siapa ada dan siapakah yang tiada dalam negeri. Sebab hari
ni, hamba runsingkan siang menjai malam dan malam menjadi siang! Makan tak makan sebab dok bermimpi apa alamat
dalam negeri yang jadi begini!”
Itu cerita kan. Selain daripada suara ni, ada berapa? Sinar Lima! Semua sekarang ini ada berapa…?
Di Kelantan
ini.
Kalau di Kelantan ini kita bermain Sinar Enam. Pak Dogol, Wak Long, Wak Yah, Samad, Said,
Eteng.
Serama… lain-lain?
Seperti
Serama tu, kita guna atas cerita. Serama ni memang tak boleh pergi dah, kalau
mahu memulakan cerita….
Serama tu, suaranya macam mana, kalau Samad ada suara
dia, kalau Serama?
Serama. Contohnya
apabila panggil masuk mesyuarat;
“Kalu gitu
ya oooo ni pengasuh, orang tua Pak Dogol”
Maka jawab
Pak Dogol;
“Hamba tua
ada doli tuanku!”
“Sekali
dengan pengasuh abang Wak Yah!”
“Patik adooo
ku!” ha tu dalam sikit. Tu dalam
cerita yang kita nak main la tu.
“Pengasuh Said”
“Emhhh , hamba ada
juga!”
Jadi, kita main dengan
pembesar suara, akan kedengaran lain sikit pada pembesar suara tu.
“Pengasuh Wak Long”
“Tuanku, patik ada”. Dia biasa
saja Wak Long ni.
Macam Samad
“Pengasuh bang Samad”
“Emhhh patik
ada tiap masa ku. Tuanku keluar pagi, patik pun pagi. Kalau petang, petang la ku. Kalau kerja
jangan dirisau. Kalau lari tidak sekali. Kalau lari tu tak la, tapi kaki yang nak
cabut lari. ”
Nakal!
Ha, nakal
dia la tu. Itu dah jadi tabiat dia.
Itu tentang suara Tok Dalang. Kalau alat muzik, dia ada berapa?
Nombor satu
Tukar Dalang, Nombor dua Serama, ketika Serama mahu keluar di Balai Gading.
Lagu Serama?
Aaa. . lagu
Serama la. Ada nyayian di situ.
Semua agaknya berapa lagu?
Lagu dalam
setiap permainan, selepas dari tukar dalang, kadangkala kalau kita nak menyanyi
pun boleh juga. Samad, Wak Yah, Said ni dia bawa, sebagai
contoh Raden Lak Juno mahu keluar berjalan. Mereka la yang membawanya, dia sebut atau ada
nyanyian di situ. Kalau dalam main puteri atau making di
katakan pengasuh tadi.
Permainannya,
yang pertama Hulubalang, kedua pengasuh berjalan, ketiganya berlari muda, moden
seakan-akan dalam irama dikir barat. Dia ada tiga.
Yang
sering di bawa, banyak lagu? Cerita apa?
Yang sering
dibawa tu kadang kala cerita Seri Pentala, Pekelmaan Nera anak Mahraja Numan. Kadangkala
cerita Burung Putih Kipas Layang Malam Angin, Cerita Pak Dogol Kena Halau, atau
cerita Kerak Nasi.
Berapa
cerita semua yang ada?
Masalah cerita ni,
kita sering gunakan tiga cerita. Yang pertama Burung Putih Kipas Layang Malam
Angin, Kedua Seri Pentala dan ketiganya Pak Dogol Kena Halau. Satu cerita
ini kita boleh pecahkan mengikut kehendak kita, berapa-berapa cuma kita perlu
ubah raja sahaja.
Dalam
banyak-banyak cerita, cerota apa yang paling sedap (baik) dirasa?
Kalau nak dikatakan
cerita yang sehingga sekarang boleh menarik minat masyarakat, dan kalau di
setengah tempat mengikut suasana. Kalau kampung dan penontinnya minat dengan
perang, kita akan bawa cerita Kerak Nasi seba itu cerita perang. Tapi tidak
ada suasana nakal. Dia Cuma cerita. Kalau kita lihat ramai kanak-kanak maka kita
bawa cerita Seri Pentala. Dalamnya
ada Wak yah, Samad Said.
Kalau diambil sejarah wayang ini, asalnya dari mana?
Kalau
mengikut sejarah yang asalnya, cerita ni datang
dari Tanah Suci Mekah juga la.
Macam mana kisah hingga boleh sampai ke sini?
Pada masa
itu, termasuk di dalam agama la. Tapi cerita ini kalau siapa yang tidak
belajar dia akan kata lain. Tapi kalau pada dalang seperti kami ini
sepatutnya ia boleh merebakkan cerita ini.
Pada masa
dahulu dikatakan anak Dalang Bongsu Surin Ajinala, (maaflah kalau cikgu tahu
cerita ini, Cuma apabila kita bercakap, kita kena tahu caranya dan juga sebagai
pesana kepada anak cucu kita pada masa yang akan datang). Masa dulu dia panggil anak Dalang Bongsu Surin Ajinala, Dalang keluar
dipeluk pelar tajung menajung, keluar dalam debu dabong, tapi minta jaga la
dalang di cuha putih panjak pudar ratna jaga pengantin di baya jirik. Itu
kebangkitan nak suruh gembira angin. Maknanya kalau nak menanggung jawatan
daripada dalang selain daripada Nabi Muhammad, tidak ada dah orang lain.
Jadi bermakna wayang sudah ada pada masa itu?
Dah ada,
nabi inilah yang menerimanya. Dia menerima dalang ini kalau mengikut hadis
di Gua Iraq (Hiraq). Siapa yang
membawanya. Jibrail (malaikat) yang membawanya. Di situlah
tempatnya.
Lalu dia berkembang?
Ha lalu dia
berkembang, agamanya. Tapi Nabi mahu mengembangkan agama kita pada
zaman dahulu hinggalah ke hari ini, dia nak main wayang kulit bukannya seperti
wayang kita pada hari ini. Wayangnya tubuh badan manusia.
Aaaa. . orang itu sendiri?
Dia masukkan
agama dengan memasukkan rukun Islam yang lima. Pertama mengucap, yang kedua posa, yang
ketiga… sebab kita berbincang, jadi saya nyatakan secara ringkas saja la.
Apabila
cukup lima perkara ini, sehingga nak mainkan wayang manusia ni, hilang seorang
berganti seorang, sama seperti kita hari ini, main wayang dok beri nesihat
kalau yang hisap dadah jangan hisap adah, dan kalau kita tak ajar dan kalau
mati maka satu wayang kita akan disimpan (dikebumikan) di bawah pokok ketereh
(gajus). Maknanya manusia ini umpama wayang.
Tok
dalangnya, Tuhan menggantikan Nabi Muhammad. Bila Nabi Muhammad kita ghaib, dia merebak. Sekarang
ini kita ringkas perbualan/penceritaan kan.
Ia sampai ke India (di India itu Tok Dalangnya bernama Syeikh. Syeikh apa
tak tahu la sebab guru yang menceritakannya begitu). Kemudian sampai ke Samatera (Sumatra). Sumatra itu
tok Dalangnya bernama Wali Songo. Sekarang ini kita dengan Wali Songo dah
berapa peringkat dah. Sehingga ke hari ni, kita ketahui salsilah
wayang .
Tok Dalang
Dong Mekno, Syeikh, Aja Purbaka, Katik, Awang, Salleh, Yaakub, Jambu, Erik,
Erak, Erok, Ekong, Eku, Saman, Yaakob, Salleh, Awang, Tok Karim, Dollah. Dollah lah
yang mewariskan pada saya. Lebih kurang dua puluh Tok Dalang saya
belajar sejak turun temurun. Hari ini kalau ada sesiapa ayng minat, saya
nak perturunkan untuk mengembangkan lagi. Jiwa kita ini, kalau kita ada keturunan
hulubalang, kita nak sebarkan, nak ajar dan ini cara juga untuk menyelesaikan
masalah dadah, ganja, dll.
Kalau kita
tidak basuh dengan ini, kalau kita tinggal sekampung, biarlah berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah biar setaraf semuanya, dan berbaik sangka, bersatu
dan jiwa kita akan menjadi tenang.
Dalam
main wayang, patung wayang kulit tu ada la, peralatan itu seperti gong ,
gendang, bangsal dan lain-lain. Adakah bila nak bermain kena jampi .
Ada. Ada jampi
juga. Bila masa kita nak bermain, kita masuk di
hadapan layer, “Allah hum jak ni…. (hingga
akhir). Ya Allah ya Tuhan, mu la lebih kuasa, mu
tarik lah peminat wayang kulit, mari tengok depan panggung. ” Itu saja.
Itu saja,
lepas tu main?
Tu sajala. Tak ada
benda lain. Tidak ada guna jin dan
sebagainya. Cuma nak menampakkan kita belajar bermain
wayang kulit ini dan untuk menampakkan hiasan (peraturan) kita buat doa buka
panggung.
Bagaimana tu
kalau buka panggung. Orang lain ke?
Kadangkala
tu kita ajak juga la buat. Cuma apa yang kita menuntut dari guru kita,
Pok Su Karim, kalau dia ajak main puteri, kita pergi main puteri, tapi kalau
dia ajak main minduk kita tak main sebab lagu wayang kulit ini lain.
Kalau yang
buka panggung tu apa pula?
Dari apa
yang kita main dulu, sebelum apa yang kita belajar darinya tu (tok guru) kita
buat selawat ke atas nabi sebanyak tujuh kali, surah al-falak tujuh kali, surah
an-nas tujuh kali, ayat seribu dinar tujuh kali, surah al-kausar tujuh kali, tu
saja untuk buka panggung.
Dalam
banyak-banyak watak tu, orang kata watak Serama macam ni, Pak Dogol macam ni,
watak Pak Dogol yang selalu dimainkan tu macam mana?
Di dalam
permainan tu, untuknya cuma Dewa Si Alam Tungal saja. Itu untuk permainan saja. Tapi kalau
untuk atas lagi dah lagi lain la.
Yang lain tu
macam mana?
Dia dalam tu
cuma satu iaitu datang dari azazil. Tapi dia datag selepas banyak peringkat dan tingkat
(jurai keturunan). Sebab itu kita kata orang ini dia menuntut
peringkat yang paling tinggi. Ayat Qur’an dia tahu. Tapi disebabkan janjinya tidak
memunjuk-nunjuk saja. Kita pada hari ini pun, sering terbayang
bahawa dalam diri kita, ada se ekor bapak jin sehari-hari yang paling ganas. Yang ini
tidak masuk dalam kumpulan azazil tadi. Ini yang dipanggil jin kejadian, yang memang
ada pada setiap tubuh manusia. Ibu jin berada pada orang perempuan (wanita). Kalau jin
yang paling agnas ada pada lelaki dan ibu jin pada perempuan, pernah mereka
berperang dan ibu jin memenangi peperangan (perlawanan) itu. Sebab ibu
jin ini, orang yang cukup syarat, dia dari darah keturunan hulubalang. Kita pun tidak dapat tepis ni kerana dia pandai. Bapa jin
pun tak boleh masuk. Tapi kalau dia dapat masuk tu hanya
disebabkan dia sama-sama (pandai).
Berbalik
kepada cerita yang di bawa tu, asalnya dari mana?
Kalau
diikutkan cerita (riwayat), cerita ini datangnya daripada Sumatra. Bila dayang
ke sini, ia jadi permainan orang Melayu disebabkan sesuai dengan jiwa Melayu.
Tidak ada
reka cerita yang baru ke?
Tidak ada. Cerita ini
kita terima pun daripada yang dulu-dulu. Yang diwariskan dari mulut ke mulut. Dari selapi ke selapis. Sekarang ini ada anak saya yang bernama
Norazahar yang sedang bersekolah tingkatan tiga. Saya perturunkan pada dia.
Cerita itu juga la. Malam Sabtu nanti nak buat latihan.
Masa terima
tu, dia ada pelimau atau tidak?
Ia
bergantung kepada kita, dan dai bergantung kepada warisan. Kalau seperti saya, kalau mahu diperturunkan
kena buat pelimau juga. Sebab guru saya, dia buat penurunan itu
dengan “Takisan” . Tapi semasa saya menerima pentauliahan dulu
saya buat Putera Emas Merah Anak Takisan. Tapi tak buat Takisan Baju Merah la, sebab
saya buat Putera Emas Merah Anak Takisan.
Alat-alat
wayang kulit ini macam mana? Boleh
ceritakan?
Macam gong,
gendang, geduk, gedombak, canang. Gendang dua buah. Anak satu, ibu satu. Gedombak pun seperti itu juga, anak satu, ibu
satu. Geduk pun seperti itu juga, anak satu, ibu
satu. Canag pun seperti itu juga, canang anak,
canang ibu. Kesi pun seperti itu juga, kesi anak, kesi
ibu.
Tawak tu memang la, tawak anak, tawak ibu.
Kalau dulu,
bila nak bermamin tu kena perasap pekakas.
Ha, kena
perasap pekakas la. Kita seru dia bertujuan supaya kita tidak
mendapat apa-apa halangan dalam permainan. Ia juga untuk menyatukan jiwa manusia yang
ada.
Boleh baca
jampi dia.
Contohnya
tawak. Dalam permainan kita sebut seri puteri. Kita ambil
ibu seri puteri. “Aku nak mintak mu pecahkan suaramu, dua
belas bahasa, dua belas ragam, aku nak minat mu tarik minat orang yang didalam
panggung dan di luar panggung. Nak suruh bersatu hati dan jangan
berbalah” Itu saja la. Kemudian
Tawak pun di palu.
Buat masa
sekarang, bagaimana pandangan Che Leh tantang wayang kulit di Kelantan.
Wayang kulit. Buat masa
ini, sejak kita tubuhkan dua tahun yang lepas, hingga hari ini nampaknya ada
perkembangan. Bagi yang kita, bagi yag lain kita tak kira
(tahu). Contohnya semasa saya baru balik dari membuat
persembahan di kuala Lumpur, kita duduk betul-betul sebulan di bulan puasa, nak
menetas, dan sedang saya menetas, datangla orang universitu Kuala Lumpur, Din. Dia datang
dengan orang lain, agak ramai juga datang melihat saya menetas sehingga jam
enam petang baru mereka pulang.
Sekarang ini
dah berapa kali buat permainan di Kuala Lumpur.
Kalau di
Kuala Lumpur ni, belum lagi. Cuma oranag Kuala Lumpur datang dan mereka
lihat saya buat menetas. Untuk buat persembahan, tidak ada undangan
lagi. InsyaAllah, agaknya bila-bila ada keramaian
di sana, akan ada juga jemputan. Harap-harap macam tu la, dengan izin Allah.
Masa depan
wayang kulit, agak-agaknya bagaimana?
Sejak
tumbuhnya wayang ini di ulu Kelantan, ramai yang datang ambik wayang saya
sehingga ada yang marah kepada saya kerana tidak memberi wayang. Diseabkan ramai yang
datang minta wayang, ketua saya memarahi saya. Dia melarang saya kata “jangan beri, kita pun
nak main wayang juga”. Mereak mahu tapi mereka tidak
menetapkan(harga). Meraka datang ambil dengan tidak ada sewa,
dan sebagainya. Bila pulang, tidak ada hasil yang dapat. Jadi kita sajalah yang penat.
Bagaimana dengan
masalah pemerintah?
Di Kelantan. Mereka
menutup pas permainan wayangdi Kelantan selama dua puluh tujuh tahun. Semasa itu
saya tidak boleh baayangkan kerana saya tida boleh bermain wayang. Pada
pandangan saya, disebabkan inilah anak-anak muda kita menjadi rosak dengan
dadah, ganja, pil kuda, ubat batuk dan sebagainya. Ini disebabkan permainan dan hiburan yang
disekat, jadi mereka tidak ada permainan untuk menghiburkan hati. Timbul satu
perasaan, timbullah bapa jin yang seekor tadi, maka berlakulah apa yang tidak
diingini. Orang pergi makan daging, kita makan tahi
lembu. Orang pergi makan daging kerbau, dia pergi
makan tahi kerbau. Tidak ada apa yng boleh dilakukan, melainkan
jin tersebut mati. Katakanlah di kawasan rumah Pok Su ni
sekarang ada permainan dikir barat, atau pun belajar silat (saya tidak pandai
bersilat), saya cuma pandai main wayang kulit. Baru-baru ini berlaku tangkapan di Batu Jong. Mereka ini
tidak ada permainan, disebabkan permainan di sekat. Mereka mencari jalan dengan permainan sendiri
tapi permainan gam ini boleh memusnahkan. Tapi saya yakin, inilah sebabnya, sejak dua
puluh tujuh tahun.
Dalam usaha untuk
mengembangkan wayang kulit ini, pada Pandangan Che Leh apakah perlu mendapat
bantuan kerajaan atau badan-badan tertentu.
Untuk hari ini, saya
rasa perlu juga bantuan kerajaan tapi kerajaan tidak memberi bantuan. Semua ini
usaha ketua saya (Pak Su Karim) , yang membuatnya. Bila kita minta bantuan, tidak dapat kelulusan kerana
mereka kata permainan ini maksiat. Sebab itu bagi saya, apa yang saya perkatakan
ini dapat dibuat CD atau sebagainya biar mereka yang terlibat itu mendengar,
benarkah apa yang saya katakana ini, atau permaianan ini maksiat. Biar mereka
tahu wayang ini datang daripada mana, keluar kemana dan siapa yang membawanya. Saya nak
beritahu, ia datang daripada wali songo. Ia datang daripada Syeikh daripada India. Ia datang
ini hasil dari mengajar agama di tanah suci Mekah. Kita bulannya wali songo. Kita ni
Cuma jawatan saja, bukannya tok wali. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah
memanggil sesiapa (anak muda) untuk bermain wayang tapi ada syarat. Syaratnya
ialah siapa yang nak belajar wayang mesti sembahyang maghrib dan isyak dulu. Itu yang
saya buat sekarang.
Nama
kumpulan, kumpulan apa tadi.
Nama
kumpulannya Putera Emas Anak Takisan, itu saja.
Nama
kumpulan ini tak daftar di mana-mana?
Tidak ada
lagi la. Cuma buat masa ini masih menggunakan sijil
yang didapati daripada kursus dulu.
Tidak ada
usaha untuk daftar di mana-mana?
Kalau ada
orang yang boleh membantu, memang la saya mahu.
Ini saya nak
beri peluang kepada Che Leh, sekiranya ada apa-apa yang masih belum diperkatakan,
boleh lah perkatakan.
Bagi saya yang lain
tidak ada la. Cuma kalau ada USM mahu beri bantuan kepada saya, saya
nak beli alat muzik. Umpamanya pembesar suara, geduk, gedombak,
tawak. Sekarang ini alat-alat itu menggunakan
alat-alat main puteri. Kalau masa main puteri, tak dapat nak main
wayang. Kita takut kalau-kalau ada dua undangan
serentak. Semua alat-alat permainan ini Cuma ada
sepasang. Kalau boleh nak minta daripada USM untuk
membeli alat-alat muzik ini. Tak kira la, daripada mana pun. Kalau ada
alat-alat ini, kita dapat buat permainan di kampung kita dan kampung ini jadi
sanjungan. Saya pernah buat kiasan semasa membuat
permainan.
“Aku Said,
berjalan dari Kota Bhari hingga ke Krai, kamu tidak terlihat ke sesuatu?”
Dia kata
“Tengok apa?”
“Tengok la,
banyak la”
“Apa dia”
“Dalam
kampit plastik tu, setambun-setambun ada di lebuh raya, entah apa yang dibuang. Bila buka
tengok, ada tahi yang dibuang di atas jalan raya. Di manakah kebersihan dalam negeri kita?”
Itu yang
pernah saya buat. Dan kalau aad wayang tu,maknanya kita juga
boleh mendidik dalam permainan tersebut. Kita boleh selang-seli dalam permainan. Cumanya
kita minta pembesar dalam negeri Kelantan ini menyokong usaha kita ini
sepenuhnya. Sama ada main puteri, silat, atau apa saja,
termasuklah dikir barat. Main puteri ada pertandingan peringkat demi
peringkat, Cuma wayang kulit saja yang masih belum ada pertandingan. Saya pernah
memulakan wayang saya tentang hal ini. Kita boleh selitkan macam-macam. Banyak
hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat ini boleh diperkatakan dalam permainan
wayang kulit, dan kita memang boleh selang selikan. Bila kiat duluk dalam negeri umpamanya
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Di kampun pun seperti itu juga.
Maknanya
bagi Che Leh, biar wayang kulit ini sentiasa hidup dan boleh mendidik
masyarakat.
Macam tu la,
apatak lagi saya mendapat sijil daripada Dr. Sulaiman, kalau tak dapat buka klinik dapat
buka (mendidik) dalam wayang pun dah memadai. Kalau ada orang bertanya kenapa kamu bercakap
seperti itu, saya akan kata, saya ada sijil.
Itu sajalah
yang ingin saya perkatakan. Dah habis. Cuma kalau mahu lihat permainan saya,
datanglah pada hari sabtu, kalau ada masa datanglah lihat.
Teriam
kasihlah Che Leh.
Rasanya
bagaimana, adakah sesuatu yang rasa tidak puas hati?
OK la tu.
Comments
Post a Comment