MENGAJI
Mengaji merupakan satu istilah yang sering digunakan oleh orang tuaku. Apabila malam dan ada masa terluang, maka aku di suruh mengaji. Menurut kefahaman aku, mengaji mempunyai dua maksud yang berbeza dengan tujuan yang sama. pertama ialah menuntut ilmu sekular di sekolah. Kedua mengaji memberikan maksud membaca Al-Qur'an. kedua-dua ini mempunyai tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu. Tapi yang paling popular dalam masyarakat kita ialah 'mengaji' yang memberi maksud membaca Al-Qur'an. "Adik tak mengaji ke hari ni?" begitu tanya emak, apabila melihat aku asyik bermain. Emak seorang yang prihatin dengan jadual pembelajaran yang tidak pernah tetap itu. Sesekali aku mematuhinya dengan diam-diam naik ke atas rumah dan membelek-belek buku sekolah. Meskipun buku berkenaan tidak memberikan tambahan ilmu ketika membeleknya, namun aku terpaksa berpura-pura untuk menatapnya dengan tekun. Kalau dengan ayah, pastinya aku agak lambat bergerak kerana ayah biasan...