PANTUN JENAKA Assalamualaikum. Apa yang dimaksudkan dengan jenaka ialah tentang kata-kata yang menggelikan hati, atau perihal tentang berbuat sesuatu perlakuan untuk membuat orang ketawa. Dalam dunia pantun, pemantun boleh melakukan kedua-duanya, yakni boleh mengeluarkan kata sambil membuat aksi untuk memberikan orang ketawa. Paling tidak pun boleh diistilahkan dengan senyum sumbing. (yang ini, mungkin melibatkan orang yang keras hati atau hati kering). Peranan pantun dalam masyarakat Melayu bukan sekadar ungkapan bibir, malah lebih besar daripada itu; Kalaulah belalang pulang ke purun, Padikan ranap dilanggar ular; Kalau hilang orang berpantun, Sunyilah senyap bandar yang besar. Ini bermakna, pantun memainkan peranan yan...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
GAMBARAN BANGSA ASING DALAM PANTUN MELAYU Seperti yang kita tahu, orang Melayu ini bijak, halus dan luas pandangannya. Dan pandangan ini mampu mereka lontarkan dalam pantun. Ini bermakna orang Melayu bukan sahaja bersifat kekitaan atau lebih kepada Melayunya sahaja, tetapi juga mereka berpandangan jauh dan tidak membuang orang asing dalam mengejar kemajuan. Dahulu, rantau Melayu ini merupakan suatu tempat tumpuan perdagangan dunia. Kalau tidak mana mungkin tanah dalam rumpun Melayu ini menjadi rebutan bangsa asing. Ini bermakna pergaulan orang Melayu memang luas dan menyeluruh. Malah mereka bukan setakat datang berniaga, tetapi mereka juga tertarik dengan wanita Melayu yang halus budinya, lembut tuturnya dan manis wajahnya. Ada yang datang dan selepas itu tidak mahu kembali ke tempat asal mereka dan berkahwin pula dengan wanita Melayu. Sebab itu, kita dapati hingga ke hari ini, keturunan Melayu ini banyak jurainya. Pergaula...
Koleksi Peribadi
- Get link
- X
- Other Apps
Koleksi Peribadi ini tidak mungkin dapat di cari lagi kerana ia mempunyai nilai nostalgik yang tidak mampu dibayar. Antaranya pusaka arwah ayah, hadiah sahabat baik yang telah kembali menghadap Ilahi, dan juga sahabat yang baik. Tidak akan kugadaikan pemberian ini. Arwah Ayah: Majid bin Daud Sahabat: Allahyarham Rahimidin Zahari Sahabat: Mohd Hanid Mohd Nor Sahabat: Abdul Malik Abdullah
- Get link
- X
- Other Apps
Kertas Kerja: Seminar Antarabangsa Pantun Youetta de Jager dilahirkan di Alkmaar, Netherlands. Beliau memulakan alam persekolahannya sebagai pelajar di Academy of Fine Arts, Brede pada tahun 1982. Setahun kemudian beliau mempelajari bahasa dan budaya Indonesia dan Kritikan Sastera di Universiti Leiden. Pada tahun 1992, beliau mula mengasah bakat beliau menulis sajak. Sajak beliau diterbitkan dalam `Kawatberichten’, dan pada tahun 1995 dimuatkan pula dalam jilid kumpulan `Layangan’ yang diterbitkan dengan kerjasama beberapa orang penyair keturunan Eurasia. Pada tahun 2000 beliau memenangi Dunya Poetry Award (Anugerah Puisi Dunya), dan pada bulan Mei 2002, kumpulan puisi beberapa orang penyair antarabangsa telah dipersembahkan di majlis Poetry Park sempena Festival Dunya di Rotterdam. ABSTRAK Melistari Tradisi: Gambaran Awal Penggunaan Semasa Pantun dan Fungsi Pantun oleh Penduduk Molukan di Belanda Orang Melayu Molukan berhijrah ke negeri Belanda sebaik sa...
- Get link
- X
- Other Apps
Analisis Simbol Binatang Dalam Pantun Melayu Pengenalan Pantun adalah penghasilan karya seni atau sastera masyarakat Melayu yang masih terus digunakan dalam kehidupan masyarakat kontemporari. Sebagai satu genre sastera yang popular sudah tentu ia mempunyai keunikan dan keistimewaan. Penggunaan simbol, merupakan salah satu unsur kebijaksanaan orang Melayu dalam menyampaikan hasrat hati mereka secara berkias. Peribahasa Melayu menyatakan, kalau kerbau tahan palu sedangkan manusia tahan kias. Justeru itu, pernyataan rasa hati diselindungkan dengan pemakaian simbol flora dan fauna, sebagai mewakili perkara yang ingin dinyatakan secara tersirat. Oleh demikian, dalam pantun tradisi terdapat pemakaian simbol seperti ayam, puyuh, kerbau, kucing,gunung,laut,dan sebagainya lagi. Esei ini membincangkan penggunaan simbol binatang dalam pantun Melayu. Penggunaan simbol binatang dalam pantun dapat dilihat dalam pembayang ...