DOA MEMPELAI
Ini doa yag dibaca oleh sahabat sepejabat (Allahyarham Ustaz Haji Azman bin Ahmad).
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.
Aminnn
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.
Aminnn
DOA MEMPELAI (I)
Bismillah
Selawat dan salam (Baca penuh)
Ya Allah, Tuhan yang
memiliki sifat kesejahteraan
Sesungguhnya daripada-Mu
kesejahteraan
Kepada-Mu jua kembalinya
kesejahteraan
Hidupkanlah kami dalam
kesejahteraan
Masukkanlah kami ke dalam
syurga-Mu
Yang empunya
kesejahteraan.
Ya Allah, Ya Rahman
Tuhan yang mencipta
makhluk berpasang-pasangan
Diciptakannya siang dan
malam, langit dan bumi, bintang dan bulan
Diciptakannya buat lelaki
seorang perempuan
Kemudian diijabkabulkan
untuk berkasih sayang
Melayari bahtera kehidupan
untuk meraih redha Tuhan.
Ya Allah
Sesungguhnya kami
bersyukur kepada-Mu
Atas nikmat kejadian.
Ya Allah,
Sesungguhnya kami pasrah
kepada-Mu
Atas jodoh pertemuan,
kehidupan dan juga kematian.
Ya Allah, ya Hannan, Ya
mannan
Wahai Tuhan yang memiliki
sifat kemuliaan
Betapa bersyukurnya kami
atas nikmat pertemuan
Disulami dengan jalinan
ukhuwah, kasih sayang dan persaudaraan
Walaupun berbeza bangsa,
warna kulit dan keturunan
Namun kami tetap beriman
kepadamu Tuhan.
Oleh itu Ya Allah
Jadikanlah majlis kami ini
penuh keberkatan
Dipayungi rahmat dan
keredhaan
Kekal terpelihara
Daripada segala kekurangan
dan kelemahan.
Ya Allah, Ya Fattah, Ya
Aliim
Tuhan yang maha bijaksana
dan Tuhan yang maha kaya
Kurniailah pasangan
pengantin kami kerukunan rumah tangga
Bersatu hati bak sebatang
pohon
Yang daunnya meneduhkan
Daripada panas fitnah,
umpat dan caci cela
Yang batangnya kukuh
memasak bumi
Memelihara kehormatan diri
dan keluarga.
Yang akarnya mengukuhkan
agama
Yang buahnya ranum dengan
akhlak mulia, dan budi bahasa.
Yang zuriatnya nanti dalam
kalangan insan yang beriman
Bertaqwa dan taat
kepada-Mu Tuhan.
Ya Allah, Yang Maha Kuasa
Ya Allah, kami sedar
langit cerah tidak selalunya ceria
Ya Allah, kami sedar,
sedangkan lidah lagikan tergigit
Inikan pula manusia
Ya Allah, kami sedar
hakikat
Betapa tanggungjawab suami
isteri yang amat berat
Jika dua hati kami tidak
erat
Tekad kami tidak kuat dan
maufakat kami tidak bulat
Pastinya hubungan kami
tidak kekal erat
Istana cinta yang dibina
akhirnya kehilangan berkat.
Oleh itu, Ya Allah
Satukanlah pasangan
pengantin ini dengan cahaya keimanan
Gandakanlah kasih sayang
dengan jiwa pengorbanan
Agar mereka melayari
bahtera dengan satu haluan
Menyusun perjalanan dengan
satu tekad dan fikiran
Bijak dan berhemah melaksanakan
amanah dan kewajipan.
Ya Allah,
Sedarkanlah kami akan
hakikat insan dan hamba
Agar rendah hati sewaktu
berbicara
Agar murah hati
menginfaqkan harta
Agar bijaksana dalam
segala tindaknya
Agar tidak asyik dibuai
leka dunia
Agar tidak tunduk pada
syaitan dan nafsu menggila
Agar keinsanan tidak punah
Oleh dendam kesumat dan
buruk sangka
Dengki khianat, fitnah dan
tamak haloba
Agar tidak menjadi laknat
oleh-Mu Ya Allah, Tuhan lam semesta.
Allah humma Aminn
Ya Mujii bassa ilinn, ya
Rabbal Mustad ‘afinn, Ya Rahman, Ya Rahim.
Wasallallahu ala sayidina
Muhammaddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain
Walhamdulillah hirabbil
alaminnn.
DOA MEMPELAI (II)
Bismillah...
Selawat dan salam...
Ya Allah, Tuhan Yang Maha
berkuasa
Maha suci Tuhan yang
menciptakan akal di jemala
Maha suci Tuhan yang
menciptakan dua jiwa
Diciptakannya Adam yang
sunyikan Hawa
Kemudian diperturunkan
cinta
Sebagai penenang jiwa
untuk berkasih mesra.
Ya Allah, himpunkanlah dua
jiwa dalam satu cinta
Berkati mereka kerana
meletakkan cinta-Mu di takhta
Berkati mereka kerana
mendahului cinta-Mu segala-gala.
Ya Allah, engkau pembuka
pintu rahmat
Bukakanlah jendela rezeki
yang berkat
Kurniakanlah penyejuk jiwa
daripada bekal zuriat
Dengan ilmu, hikmat dan
nasihat.
Ya Allah, sempurnakanlah
sumpah dua jiwa untuk setia
Berwaad bahawa cinta akan
dibawa hingga ke syurga
Bersaksi bahawa jodoh
pertemuan, kehidupan dan kematian
Segala-galanya di tangan
Tuhan.
Ya Allah, sesesungguhnya
cinta mereka bukanlah kerana rupa
Mereka tidak mengharapkan
suami setampan Yusuf
Tidak juga bermimpi
mempunyai isteri secantik Zulaikha
Sesungguhnya
Andai niat kabul mencari
mulia
Rupa dan bangsa
maka ijab yang mengikat
tidak akan memberi bahagia
Ya Allah, sesungguhnya
cinta mereka bukanlah kerana harat
Mereka tidak menganggap
isteri sekaya Khadijah
Tidak juga bermimpi suami
sehebat Sulaiman
Sesungguhnya andai niat
kabul kerana mencari kaya
Ijab yang mengikat menukar
cinta menjadi papa.
Ya Allah, gandakanlah
cinta mereka
dengan pengorbanan seteguh
Ibrahim
sesabar Siti Hajar yang
ditinggalkan kersaorangan.
Ya Allah, sesudah
termatrai perkahwinan ini
Rendahkan pandangan mereka
Peliharalah kehormatan,
panjangkanlah tali persaudaraan
Moga suami isteri saling
memberi keberkatan.
Ya Allah, ya Hannan
Kami memohon limpah
kurnia-Mu, Yang Maha Penyanyang
Berkatilah majlis dengan
limpahan rahmat dan keberkatan
Jua keampunan kepada
pasangan suami isteri yang diraikan
Jadikanlah rumah tangga
mereka sakinah dengan kedamaian
Kembang hati dengan
mawaddah kasih sayang
Bersemarak dengan rahmat
dan keredaan Tuhan.
Ya Allah, sempurnakanlah
agama mereka dengan ilmu pengetahuan
Keburukan pada diri
dibimbing dengan penuh kesedaran
Segala kekurangan diterima
dengan sebelah penglihatan
Segala kecacatan ditutup
dengan segala kebaikan
Sentiasa bersyukur dengan
segala yang diberikan
Tidak meminta-minta
menambahkan beban
Sentiasa berdoa
dikurniakan kebahagiaan
Moga perkongsian hidup
berkekalan
Memikul amanah hingga
akhir kesudahan.
Ya Allah, sesungguhnya
kami tahu
Apabila suami menatap
isterinya bukan kerana nafsu
Dan isteri membalas
pandangan dengan kasih sayang yang satu
Maka Allah menatap mereka
dengan pandangan kasih sayang yang padu
Ya Allah, satukan lah
mereka dengan taqwa
Taat kepada Tuhan Yang Esa
Taat kepada keluarga dan
mentua
Mengukuhkan hubungan
seluruh keluarga
Bersatu hati dan maufakat
dengan saudara-mara.
Kekal sejahtera
selama-lama.
Allah humma Aminn
Ya Mujii bassa ilinn, ya
Rabbal Mustad ‘afinn, Ya Rahman, Ya Rahim.
Wasallallahu ala sayidina
Muhammaddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain
Walhamdulillah hirabbil
alaminnn.
Comments
Post a Comment