CERMINAN NILAI ETIKA MASYARAKAT MELAYU MELALUI SYAIR KEN TAMBUNAN
CERMINAN NILAI
ETIKA MASYARAKAT MELAYU
MELALUI SYAIR KEN TAMBUNAN
Dari sudut asal usul,
syair ini tidak dapat dipastikan tarikh penciptaannya. Namun A. Teeuw (1966: xiv) mengatakan bahawa
syair ini terhasil selepas era penulisan sejarah Melayu, maknanya selepas
tahun-tabun 1650-an.. Namun ramai yang
berpendapat syair ini kemungkinan besar di karang di Sumatra Selatan dengan
alasan;
i)
Kebanyakan manuskrip Melayu yang tersimpan berasal dari
Sumatra Selatan.
ii)
Palembang juga dikatakan tempat pertemuan bahasa serta
sastera Melayu dan Jawa.
iii)
Pengaruh kesusasteraan Jawa yang kuat di Palembang.
iv) Peranan Palembang sebagai pusat kesusasteraan Melayu pada
abad ke-17 dan ke-18.
Apabila menyebut
tentang nilai, kita akan bercakap
tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kualiti, mutu, taraf dan sifat
ketinggian (dalam pemikiran, agama, kemasyarakatan dan sebagainya). Oleh sebab itu, ketinggian nilai akan memberikan kesan
langsung kepada pendirian, tingkah laku dan tata susila kehidupan serta
kemasyarakatan orang Melayu ketika itu.
Begitu juga dengan etika, tentunya
kita tahu ia berkaitan dengan ilmu berkaitan dasar akhlak atau moral yang
menjadi pegangan seseorang. Kalau dari
segi istilahnya, etika berasal daripada kata Yunani (Robert C. Solomon) iaitu ethos
yang bermakna sifat atau adat.
Ini berkaitan juga dengan tata aturan sosial yang menentukan dan
membataskan tingkah laku.
Jadi, salah satu cara untuk golongan
yang berpengetahuan atau berpendidikan memberikan nasihat, pengajaran dan yang
seerti dengan ini ialah melalui puisi seperti dalam Syair Ken Tambunan ini.
Sebab melalui syair (salah satu cabangnya) ia dapat menerapkan nilai ini secara halus dan indah.
Antara nilai etika
yang ada dalam Syair Ken Tambunan ini ialah;
i)
Nilai Menghormati ibu bapa
Dalam
syair ini dinukilkan betapa putera/puteri (golongan muda) yang amat menghormati
golongan tua (ibu bapa). Kalau sesiapa
yang pernah membaca syair ini, mereka akan menemui kisah percintaan dan
perkahwinan antara Raden Inu dengan Ken Tambunan yang tidak direstui oleh bonda
Raden Inu. Ini kerana Raden Inu anak
raja, manakala Ken Tambunan merupakan seorang anak hamba (jarahan). Macam mana nak jadikan Ken tambunan seorang
permaisuri, sebab dia dari golongan hamba. Kisah sebegini memang banyak berlaku
dalam masyarakat melayu En. Kam. Dalam
filem pun ada seperti Antara Dua Darjat, kisah Laila Majnun dan lain-lain. Walaupun kasih sayangnya amat mendalam, tapi
Raden Inu tetap menghormati keputusan bondanya.
Ini menggambarkan bahawa, sebagai anak, kita perlu mendengar nasihat
atau keputusan atau menerima segala tindakan yang dibuat oleh orang tua. Raden Inu tidak memprotes. Dalam hati, Allah sahajalah yang tahu.
Tunduklah diam Raden Inu,
Durja yang manis berupa pilu,
Permaisuri menentang laku,
Tahulah akan kehendaknya itu.
Begitu juga dengan kisah bonda raden Inu
yang mengidam daging kijang. Dia meminta
Raden Inu untuk mencarinya dan Raden Inu juga patuh dengan harapan dan arahan
bondanya. Kita dengar rangkap ini;
Inginnya bonda hendak memakan,
Pelanduk menjangan kijang hutan,
Jikalau boleh tuan carikan,
Bawa hidupnya apalah tuan.
Mendengarkan titah permaisuri,
Berdatang sembah Raden menteri,
Baiklah tuanku patik mencari,
Esok patik pergi sendiri.
Nilai
hormat dan kepatuhan ini tetap dilaksanakan oleh Raden Inu (sebagai seorang
anak) dan tidak ada protes. Kemudian
Raden Inu pun menghadap ayahandanya seperti dalam rangkap ini;
Ratu tersenyum seraya bersabda,
Apakah kerja dipanggil bonda,
Sembahnya Raden satu pun tiada,
Patih dititahkan paduka bonda.
Titah di suruh masuk ke hutan,
Pergi mencari perburuan,
Esoklah pukulan patik berjalan,
Ratu mendengar belas dan ihsan.
ii)
Nilai Kasih Sayang
Baik, kalau kita lihat nilai kasih sayang pula, kita akan
dapati banyak rangkap yang berkaitan dengna kasih sayang ini dalam Syair Ken
Tambunan. Sebab secara langsung nilai
kasih sayang ini akan melahirkan insan yang mulia dan terpuji. Ini boleh kita lihat seperti dalam
rangkap ini.
Jangankan lari ke rumah
tangga,
Meski ke dalam mulut naga,
Tuan adinda ku ikut jua,
Jiwaku tidak dapat diharga.
(kisah ini sama dengan kisah Laila Majnun. Cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramli pun sama
dalam Penarik Beca).
Kisah romantik ini bersambung lagi;
Jika tuan menjadi air,
Kekanda menjadi ikan di
pasir,
Kata nin tiada kekanda
mungkir,
Kasih kaka batin dan
zahir.
Jika tuan menjadi bulan,
Kaka menjadi pungguk
merawan,
Aria ningsun emas
tempawan,
Janganlah bercerai apalah
tuan.
Ini soal romantis
suami isteri antara Raden Inu dengan Ken Tambunan. Ada lagi rangkap yang lebih romantis, tapi
tak sesuai nak dinyatakan di sini. Itu
kena baca sendiri. Tapi apa yang penting
semua rangkap yang saya nyatakan atau tidak nyatakan dalam syair ini tetap
menggambarkan soal kasih sayang, tidak kira antara anak dengan ibu bapa atau
antara suami dan isteri. Kisah ini, kalau
kita lanjutkan, memang satu kisah yang asyik mahsyuk. Dalam belaian dan berkasih-kasihan ini banyak
nilai kasih sayang yang kita temui.
Ingin dinyatakan bahawa Ken Tambunan
ini dari golongan bawahan. Maka tentulah
banyak bahasa yang merendah diri diungkapkan oleh Ken Tambunan. Umpama pipit dengan enggang.
Baik kita dengar kata Ken Tambunan.
Biarlah patik di bawah
istana,
Patik nan sedia tawanan
yang hina,
Barang selamat tuanku
sempurna,
Melunggah di atas
peterana.
Ampun pukulan duli sang
nata,
Ke bawah telapakan duli
mahkota,
Patik tawanan yang hina leta (keji),
Orang jarahan semata-mata.
Apabila seseorang yang terlalu memuja kekasihnya atau
isterinya mendengar betapa merendahnya orang pujaan itu, mungkin kita tidak
sanggup mendengarnya. Begitu juga dengan
Raden Inu. Bila mendengar ungkapan
perasaan Ken Tambunan, Raden Inu pengsan.
Hebatnya ayat-ayat cinta Ken Tambunan ini.
Raden menteri belas dan
kasihan,
Pilunya tidak dapat di
tahan,
Terkenangkan kasih Ken
Tambunan,
Raden pun rebah lalu
pengsan.
Raden menteri sedarkan
diri,
Dilihatnya kepala di riba
isteri,
Ayah dan bonda ada
menghampiri,
Tangis dan ratap tiada
terperi.
Dalam rangkap tadi ada menyebut bahawa;
Dilihatnya kepala diriba isteri,
Ayah dan bonda ada menghampiri.
Ini jelas menggambarkan bahawa kasih sayang antara suami
isteri, antara anak dan ibu bapa, tidak boleh dipisahkan. Tapi dalam kehidupan hari ini, bapa selalunya
tidak menunjukkan kasih sayang yang berlebihan terhadap anak. Biasanya ibu.
Kalau boleh tak bagi anak jauh.
Kalau anak tinggal di asrama, ibu biasanya yang lebih risau berbanding
bapa.
Apatah lagi
kalau dalam Syair Ken Tambunan ini, di mana Raden Inu merupakan anak tunggal
raja. Tentulah berlebih-lebih kasihnya. Tapi apabila bonda mengidam nak makan
daging kijang, terpaksa berpisah juga.
Contoh kasih kepada anak tunggal ini;
Lalu bertitah duli
baginda,
Tersenyum manis memandang
anakanda,
Marilah tuan dekat
ayahanda,
Ridunya sangat di dalam
dada.
Ratu tersenyum seraya
memandang,
Gemar dan kasih bukan
kepalang,
Makin bertambah hatinya
sayang,
Seperti menatang minyak di
gantang.
Hanya beberapa ketika tak jumpa (walau dalam istana yang sama) pun raja dan
rindukan anaknya.
Apatah lagi ketika hendah berpisah, sebab Raden Inu
hendak mencari kijang yang diidamkan bondanya; lagilah berlebih-lebih nadanya
sayunya.
Dipeluk dicium oleh sang
nata,
Kasih dan sayang terlalu
nyata,
Sambil berlinang si air
mata,
Pilu dan belas di dalam
cita.
Serta dihantar dnegan air
mata,
Sekalian menteri memandang
serta,
Lakunya manis bagai
dipeta.
Sebenarnya banyak nilai lain yang boleh kita kutip dalam
syair ini dan mungkin minggu depan kita akan senduh beberapa nilai lagi. Sebenarnya, kalau kita hayati syair-syair
lama ini, walaupn ia tergolong dalam kelompok cerita panji, namun ia tidak
kurang memasukkan pelbagai nilai yang boleh kita contohi dan teladani oleh
pengarangnya.
Disinilah
terletaknya kebijaksanaan pengarang dalam memberikan nasihat dan mengangkat
martabat puisi tradisional Melayu ke peringkat yang tinggi, sebab dalam puisi,
ia penuh dengan lambang dan simbol yang perlu kita kupas dan analisis untuk
mendapatkan intinya.
Comments
Post a Comment