Posts

LAMUNAN

Sesekali aku membaca laman blog insan yang sering ku ingati. Berpangkat anak, dan sesungguhnya sememang dia anak. namun kini semakin jauh dan tidak pernah lagi bertanya khabar. Apa yang aku tahu hanyalah melalui catatan yang ditulis dalam blognya. Terkadang hati turut merasa pilu, kerana kini tidak ada siapa lagi yang cuba menghubungi. meskipun orang yang dimaksudkan lalu dipinggir rumah. Sungguh. Kepiluan ini amat tersemat dalam hati dna tidak ada siapa yang dapat aku luahkan. Meskipun mereka sering bergerak di merata Tanah Semenanjung, dan sesekali lalu juga dipinggir rumahku, namun usahkan singah, mengnalifon dan bertanya khabar pun jauh sekali. Alangkah sibuknya mereka. Alangkah dhaifnya kita. Apakah tidak ada langsung perasaan seorang anak untuk menghubungi 'bapa'nya setelah berjaya dalam hidup. apakah telah jauh jurang dan taraf kehidupan sehingga dipinggirkan? inilah yang dikatakan dunia, semakin jauh apabila semakin selesa. Semakin jarah apabila semakin bera...

INILAH DUNIA

Kini, telah mnejadi tugas hakiki pada aku apabila tiba setiap pagi Khamis. Pagi-pagi yang bernama pagi Khamis ini, Radio tetap akan menghubungiku walau di mana sahaja aku berada. Ruangan Santun Bahasa pada pukul 6.45 pagi. Inilah dunia baru yang aku lalui. Meskipun penat dan terkongkong, tapi aku gembira kerana aku dapat memberikan sedikit ilmu yang aku tahu kepada masyarakat dan juga pendengar radio berkenaan. Ruangan yang aku kendalikan ialah ruangan 'pantun'. Satu ruangan yang boleh membicarakan apa sahaja berstruktur mahupun tidka berstruktur. Inilah yang membuatkan aku menjadi semakin mendalami dunia pantun. Padaku, ruangan begini memberikan aku untuk terus lebih mengkaji dan mencari ilmu tentang apa yang akan aku perkatakan. aku tahu, bila bercakap secara terus di ruang udara ini, tidak mungkin kita boleh bercakap sambil lewa ataupun membabi buta. pantun, satu pusaka Melayu yang tidak ternilai. Di dalamnya terungkap pelbagai falsafah dan pemikiran yang mampu diny...

SASTERA atau BAHASA MELAYU

Telah tiga hari aku berkampung di Muar. Selepas ini aku akan ke Melaka. Menjalankan tugas yang berbeza. Di Muar, aku mengendalikan Bengkel Penataran Bahasa Melayu dan Penulisan Dokumen Rasmi untuk Pihak Berkuasa Tempatan Zon Selatan. Manakala di Melaka, aku mengendalikan kursus Pengajaran dan Penghayatan Sastera. Dua cabang ilmu yang jauh berbeza. Aku kini menjalankan dua tugas yang bertentangan dalam satu masa. Cabarannya maha berat. Ini kerana aku bukanlah pakar atau sifu dalam semua bidang. Tetapi tugas tetap akan dilaksanakan biar merangkak atau apa juga. Bahasa atau Sastera. Persoalan ini bergentayangan dalam sanubariku. Desakan untuk aku menjurus kepada dunia kesusasteraan yang hampir sama dengan kehendak jiwa terngiang-ngiang di cuping telinga. aku menjadi serba salah. Kepercayaan ketua kepada aku tidak aku kesampingkan. Bukan mengejar nama atau mengampu. Tatapi, bagi aku hakikat tugas yang diarahkan tetap akan dilaksanakan. Mana mungkin, seorang pekerja yang beke...

KEPUASAN

Kata orang, jiwa kita akan menjadi tenang setelah perasaan kita puas. Benarkah? Atau mungkin kebenaran itu tidak dapat dikongsi dengan orang lain kerana hanya kita sendiri yang mengetahuinya. Mengenali perkataan ini aku menjadi semakin percaya. Kepercayaan itu jelas setelah aku berupaya menyelesaikan pengajianku di universiti. Ini amanat yang ditinggalkan oleh arwah ayah. Dia mahu aku masuk ke universiti dan bergelar graduan. Dalam keluarga yang buta huruf, aku anak bongsu daripada tiga beradik. Abang dan kakak hanya mampu belajar hingga ke darjah enam. Hanya aku yang mampu ke sekolah menengah. Itu pun setelah ayah menjual anak lembunya yang seekor itu. Abang dan kakak hanya mampu melihat dan mendoakan kejayaan. Tapi harapan ayah juga tidak kesampaian. Aku kandas juga dalam peperiksaan SPM. Hanya mendapat gred 3 dan tidak mampu untuk meneruskan persekolahan seperti teman-teman lain. Birasku mendapat gred dua dan dia kekal bersekolah. Aku menjadi terumbang ambing dan tid...

Hari Raya Korban

Selasa, aku berkira-kira nak balik kampung, tapi apabila dikenangkan sesuatu, aku jadi malas nak balik. Kalau dulu, aku balik hanya disebabkan kedua orang tua, tapi kini untuk alasan apa? Yang ada hanya mereka yang mengenali, dan aku menjadi semakin sayu sendiri.

Cerpen Baru

Ayusari mj DENDAM ARJUNA Pohon itu terlalu tinggi. Melayut di tengah-tengah kota. Sesiapa pun boleh melihatnya dari jauh. Meskipun tidak berdahan, namun pohon itu semakin dilihat meninggi pada setiap kali orang yang memandangnya. Dahannya tidak kelihatan langsung. Tetapi di atas sekali terdapat dua helai pucuk yang tumbuh. Dua helai pucuk yang mula menguakkan kembangnya seolah-olah melambangkan kuasa yang akan tetap berkembang. Tidak ada siapa yang berani mempertikaikan kewujudan pohon itu. Tidak ada sesiapa yang mahu menyanggah kehadiran pohon itu. Pohon itu juga adalah lambang. Kata mereka. Lambang itu tidak mungkin dapat disanggah dengan apa cara sekalipun. Lambang itu adalah mercu tanda kemajuan yang mereka capai. Tidak ada sesuatu alat pun yang boleh menidakkan kehadiran lambang itu. Tegap dan melayut. Tidak mungkin tumbang kalau ditolak dengan jentera yang seberat mana pun. Silap-silap, jentera itu akan lenyek kalau dihempap oleh salah satu pucuk yang berada di pu...

HARI RAYA

Hari Raya. Itu hari kebesaran bagi umat Islam. Aku juga menyambutnya. Walaupun sambutan ini tidaklah semeriah mana berbanding dengan masa kanak-kanak, namun hari raya tetap disambut juga. Aku hanya pulang ke kampung, berhari raya di rumah mentua. Ini kerana tidak ada sesiapa lagi di rumahku. Kedua orangtuaku telah pergi lapan tahun yang lalu. Kalau ada mereka, pastinya aku akan bersama-sama mereka, melayan kehendak yang semampu aku lakukan. Kekadang aku membawa mereka ke bandar Gua Musang, melihat-lihat kemeriahan hari-hari terakhir bulan puasa. Membeli sedikit juadah berbuka dan sebagainya. Kain pelikat dan Baju Melayu telah aku beli di Kuala Lumpur. Itulah yang aku lakukan saban tahun sejak bekerja. Walau ke mana pergi pun untuk ibu, batik tetap kebelikan. Apabila dia telah tiada batik itu hanya kusimpan sehelai dua untuk kenangan. Aku tidak pernah mengharapkan rasa bangga, cuma secebis bakti ikhlas buat orang tua yang telah memberikan kehidupan kepada anak bongsu...