Posts

PESAN PENDETA

PESAN PENDETA   Dalam nanar  aku mencarimu pada setiap alun kecapi  yang gemersik, melayah ke segenap ruang raga   yang tak mungkin tertunjal  bersama getar rasa yang tertinggal.   Aku mencari harga diri dalam setiap alur ingatan tentang  sebuah nama kecemerlangan, yang bertunjang keagungan  melayari segenap pengertian pada harapan dan keadaan  menyirat segenap akar budaya yang semakin terpungkas  dan terbenamnya raut gemilang kehidupan.  Aku menyirat jerami kealpaan ini,  dengan pintalan jati diri yang satu,  tentang tugas dan amanah yang terpikul di bahu.   Walau seribu keringat tumpah dan bernanah, jangan kau susuri lagi segala kepincangan,  jangan kau jejaki kembali segala kemunafikan  jangan kau imbasi lagi segala bayang kelemahan  yang tidak pernah berkesudahan.   Ayuh, susurlah segenap jerih langkah  untuk satu nama gemilang  yang ...
PESAN PENDETA Dalam nanar aku mencarimu pada setiap alun kecapi yang gemersik, melayah ke segenap ruang raga yang tak mungkin tertunjal bersama getar rasa yang tertinggal. Aku mencari harga diri dalam setiap alur ingatan tentang sebuah nama kecemerlangan, yang bertunjang keagungan melayari segenap pengertian keadaan dan harapan menyirat segenap akar budaya yang semakin terpungkas dan terbenamnya raut gemilang kehidupan. Aku menyirat jerami kealpaan ini, dengan pintalan jati diri yang satu, tentang tugas dan amanah yang terpikul di bahu. Walau seribu keringat tumpah dan bernanah, jangan kau susuri lagi segala kepincangan, jangan kau jejaki kembali segala kemunafikan jangan kau imbasi lagi segala bayang kelemahan yang tidak pernah berkesudahan Ayuh, susurlah segenap jerih langkah untuk satu nama gemilang yang memercikkan seribu sinar kebanggaan warga semurni rohani yang telah kau janji. kita cungkil setiap nadi yang lena untuk bangun dan bersama melaungkan namamu DBP yang a...
Perkongsian Ilmu BIODATA Zalila Sharif telah menerima Ijazah Sarjana  Sastera daripada Universiti Kebangsaan  Malaysia pada tahun 1997. Beliau mula  bertugas dengan Dewan Bahasa dan Pustaka  pada tahun 1977 sebagai Editor Buku Dewasa.   Pada tahun 1996, beliau dilantik sebagai  Ketua Bahagian Kesusasteraan Tradisional.   Kini, beliau ialah  Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan.   Beliau juga ialah editor Jurnal Tenggara  (Journal of South-east Asian Literature) dan  jurnal Malay Literature. ABSTRAK Kebijakan Emosi : Yang Bahari dan Baharu dalam Pantun  Setiap masyarakat yang telah mencapai tamadun yang tinggi  memperlihatkan identiti mereka sendiri yang ditunjangi oleh sejarah, budaya  dan seni mereka. Pantun merupakan satu komponen yang menunjangi  pemerkasaan bangsa Melayu. Kertas kerja ini akan meneliti pantun dari  segi kebijakan emosi masyarakat Melayu iaitu kebolehan mengenali diri, ...
Image
Biar gambar yang bercerita