Posts

Showing posts from 2010

KEPUASAN

Kata orang, jiwa kita akan menjadi tenang setelah perasaan kita puas. Benarkah? Atau mungkin kebenaran itu tidak dapat dikongsi dengan orang lain kerana hanya kita sendiri yang mengetahuinya. Mengenali perkataan ini aku menjadi semakin percaya. Kepercayaan itu jelas setelah aku berupaya menyelesaikan pengajianku di universiti. Ini amanat yang ditinggalkan oleh arwah ayah. Dia mahu aku masuk ke universiti dan bergelar graduan. Dalam keluarga yang buta huruf, aku anak bongsu daripada tiga beradik. Abang dan kakak hanya mampu belajar hingga ke darjah enam. Hanya aku yang mampu ke sekolah menengah. Itu pun setelah ayah menjual anak lembunya yang seekor itu. Abang dan kakak hanya mampu melihat dan mendoakan kejayaan. Tapi harapan ayah juga tidak kesampaian. Aku kandas juga dalam peperiksaan SPM. Hanya mendapat gred 3 dan tidak mampu untuk meneruskan persekolahan seperti teman-teman lain. Birasku mendapat gred dua dan dia kekal bersekolah. Aku menjadi terumbang ambing dan tid...

Hari Raya Korban

Selasa, aku berkira-kira nak balik kampung, tapi apabila dikenangkan sesuatu, aku jadi malas nak balik. Kalau dulu, aku balik hanya disebabkan kedua orang tua, tapi kini untuk alasan apa? Yang ada hanya mereka yang mengenali, dan aku menjadi semakin sayu sendiri.

Cerpen Baru

Ayusari mj DENDAM ARJUNA Pohon itu terlalu tinggi. Melayut di tengah-tengah kota. Sesiapa pun boleh melihatnya dari jauh. Meskipun tidak berdahan, namun pohon itu semakin dilihat meninggi pada setiap kali orang yang memandangnya. Dahannya tidak kelihatan langsung. Tetapi di atas sekali terdapat dua helai pucuk yang tumbuh. Dua helai pucuk yang mula menguakkan kembangnya seolah-olah melambangkan kuasa yang akan tetap berkembang. Tidak ada siapa yang berani mempertikaikan kewujudan pohon itu. Tidak ada sesiapa yang mahu menyanggah kehadiran pohon itu. Pohon itu juga adalah lambang. Kata mereka. Lambang itu tidak mungkin dapat disanggah dengan apa cara sekalipun. Lambang itu adalah mercu tanda kemajuan yang mereka capai. Tidak ada sesuatu alat pun yang boleh menidakkan kehadiran lambang itu. Tegap dan melayut. Tidak mungkin tumbang kalau ditolak dengan jentera yang seberat mana pun. Silap-silap, jentera itu akan lenyek kalau dihempap oleh salah satu pucuk yang berada di pu...

HARI RAYA

Hari Raya. Itu hari kebesaran bagi umat Islam. Aku juga menyambutnya. Walaupun sambutan ini tidaklah semeriah mana berbanding dengan masa kanak-kanak, namun hari raya tetap disambut juga. Aku hanya pulang ke kampung, berhari raya di rumah mentua. Ini kerana tidak ada sesiapa lagi di rumahku. Kedua orangtuaku telah pergi lapan tahun yang lalu. Kalau ada mereka, pastinya aku akan bersama-sama mereka, melayan kehendak yang semampu aku lakukan. Kekadang aku membawa mereka ke bandar Gua Musang, melihat-lihat kemeriahan hari-hari terakhir bulan puasa. Membeli sedikit juadah berbuka dan sebagainya. Kain pelikat dan Baju Melayu telah aku beli di Kuala Lumpur. Itulah yang aku lakukan saban tahun sejak bekerja. Walau ke mana pergi pun untuk ibu, batik tetap kebelikan. Apabila dia telah tiada batik itu hanya kusimpan sehelai dua untuk kenangan. Aku tidak pernah mengharapkan rasa bangga, cuma secebis bakti ikhlas buat orang tua yang telah memberikan kehidupan kepada anak bongsu...

MALAM TERAKHIR

(buat mereka yang mengenali) Angin yang membeku di bawah bulan melepaskan tarian yang layu di musim semi malam menghitung nafas yang tersisa satu minit lagi awan akan berjumpa matahari apakah yang harus dilakukan demi mengisi sendu terakhir. tidak akan ada lagi perjumpaan kerana gelap tidak mahu lagi mengundur dan malam sekali lagi merindu mungkin kabut berkibar setulus rindu sebelum perpisahan mengusir semua kesempatan DBP; 2010

KIRIMKAN AKU DOA

Kirimkan Aku Doa Kirimkan aku doa sayang bila aku tidak lagi di sini aku inginkan sebuah senyuman seharga kepiluan kau bayarkan tunai diperbaringan terakhir mungkin mataku tidak lagi menemukan tetapi aku tahu butir sesalmu lahir sekadar menemani kesunyianku, melewati hari-hari bisu atau kau lupa sisa kenangan yang menebarkan kisah lara di lembar-lembar puisi yang terhampar turut terkubur hingga kau pun menemuiku dan kita saling membiarkan doa menjadi sarapan kirimkan aku doa sayang jika jiwamu masih berpayung kerana sebaris kiriman tulus yang sampai adalah mahkota pelukan wangi antara roh-roh yang menyatu menjadi saksi tak terbaca bahawa di sini ada titisan hujan yang kering dan tak pernah bening. kepiluan ini tidak lagi bererti bagi diam yang abadi. DBP; 2010

NOSTALGIA PUASA

Aku bukanlah tergolong dalam kelompok orang yang alim. Aku cuma hanya anak yang dibesarkan oleh kedua orang tua yang serba sederhana. kalau dalam istilah sekarang , ialah orang miskin. Tapi aku bangga. Meskipun hidup miskin tapi kami tidka pernah kebuluran. Ini keran aayah seorang yang amat rajin berusaha. Apa sahaja pekerjaan yang dilakukan oleh orang kampung, dia tetap akan melakukannya. Tidak kiralah bulan puasa pun, dia tetap akan membanting tulang untuk mencari sesuap nasi menyara keluarga. Makan tidak pernah putus. Kalau lauk juga tidak pernah putus kerana kami tinggal di tepi sungai yang amat jernih dan banyak ikan. Kalau mahu ikan, pancing sahaja di sungai. Atau kalau malas tahan saja 'temila' di celah-celah longgokan sampah. Cari daun kayu sedahan dua lepas itu, letakkan di atas temila tersebut atar tidak terkena matahari. Insya-Allah ikan untuk dibuat lauk hari itu akan selesai masalahnya. Itulah resam yang kami lakukan untuk membesar. Pekerjaan ini paling seronok aku...

LAMUNAN

Ramadhan hampir menjengahkan dirinya. Saat-saat begini aku menjadi semakin sayu dan kelu. kedua orang tua yang telah lama pergi dan aku juga bakal menyusul pasa suatu hari nanti. Itu sudah pasti. tapi bulan 'puasa' adalah bulan yang selalu menusukkan rasa sendu dalam sanubari. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Tapi bulan ini, adalah bulan yag menjadi kegembiraan ayah. Dia akan menyambut bulan 'puasa' ini dengan jiwa yang lapang dan tenang. Kekuatannya seolah semakin ebrtambah, manakala kekuatan aku menjadi semakin lemah. Inilah bezanya antara aku dengan ayah. Kalau dalam bulan puasa ini, sifat penyabar ayah semakin terserlah. Aku kagum dengan kudrat yang ada. Tidak ada kerja yang tidak lilakukannya dalam bulan puasa ini. Kalau musim ke paya, ayah tetap ke paya. Di sana dia akan mencangkul dna merumput hingga tengah hari. Kalau ketika menoreh, ayah tetap menoreh. Kerja ini tidak akan ditinggalkan begitu sahaja kerana bulan puasa. Inilah yang menjadi k...

MENGAJI

Mengaji merupakan satu istilah yang sering digunakan oleh orang tuaku. Apabila malam dan ada masa terluang, maka aku di suruh mengaji. Menurut kefahaman aku, mengaji mempunyai dua maksud yang berbeza dengan tujuan yang sama. pertama ialah menuntut ilmu sekular di sekolah. Kedua mengaji memberikan maksud membaca Al-Qur'an. kedua-dua ini mempunyai tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu. Tapi yang paling popular dalam masyarakat kita ialah 'mengaji' yang memberi maksud membaca Al-Qur'an. "Adik tak mengaji ke hari ni?" begitu tanya emak, apabila melihat aku asyik bermain. Emak seorang yang prihatin dengan jadual pembelajaran yang tidak pernah tetap itu. Sesekali aku mematuhinya dengan diam-diam naik ke atas rumah dan membelek-belek buku sekolah. Meskipun buku berkenaan tidak memberikan tambahan ilmu ketika membeleknya, namun aku terpaksa berpura-pura untuk menatapnya dengan tekun. Kalau dengan ayah, pastinya aku agak lambat bergerak kerana ayah biasan...

HUTANG

yang disebut hutang bini kepada laki, hutang bela dengan pelihara hutang taat dengan setia hutang ingat-mengingatkan hutang jaga menjagakan hutang lahir hutang batin hutang menjaga pantang larang hutang menjaga aib malu hutang hemat beserta cermat.

PESAN PENDETA

PESAN PENDETA Kota agung ini lahir demi citra bangsanya kemudi jangan kau olengkan menyongsang arah kerana kota yang bernama adalah lambang sejarah yang tidak mungkin terpisah dari desakan resah, lelah dan gundah dengan jerih tumpahan darah dan nanah. Sebuah citra yang bernama ibunda adalah pautan rasa bangsa yang tidak mengenal putus asa demi maruah melayarkan segala bangga bahawa engkau masih wujud dan bermakna di maya pada Inilah pesan pendeta pada siratan dan anyaman yang telah ditinggalkan bersama risalah yang semakin musnah dan tidak terbela kita menjadi semakin alpa pada sengsara kita menjadi semakin rela tanpa paksa kita menjadi semakin lena pada nama Ayuh wargaku kita bangkitkan semangat keranda 152 yang telah usang usianya mari kita jalinkan robek kealpaan ini sepenuh daya kerana maruah tidak akan terjaga dengan sengaja kerana kita adalah warga yang memikul amanah dan nadi bangsa kerana kita adalah tunjang dan benteng di muka kuala kita bukan petualang yang boleh dikotakkatik...

Cuba-cuba

Aku sebenarnya tidak pernah pun terlintas untuk membuka sebuah laman atau blog sendiri. Ini adalah disebabkan aku tergolong dalam golongan yang buta IT, berbanding dengan anak yang kini sedang membuat kursus IT di UiTM Merbok, maka aku juga rasa tercabar. Sedangkan aku tidak pernah mendapat ilmu secara formal dalam membina sebuah laman blog. tapi aku cuba-cuba juga untuk membinanya, meskipun yang terlampir hanyalah catatan-catatan kosong yang tidak bermakna. Cuba-cuba. begitulah niat yang bersarang dalam impian jiwaku. aku tidak berani untuk memaklumkan laman ini ataupun blog ini kepada kawan-kawan, apatah lagi anak saudaraku yang kini mengajar di pedalaman. Aku menjadi terangsang apabila membaca blognya dalam diam. Aku menjadi teruja untuk mencuba. Tidak salah untuk mencuba. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Dalam mencuba-cuba ini aku teringat kisah semasa kecil yang selalunya suka mencuba. Terutama kala banjir melanda kampung. Biarpun ibuku sela...

MENCARI BURUNG

Kehidupan di sebuah kampung di pedalaman amat memberikan pelbagai ragam pengalaman yang tidak boleh ditemui lagi hari ini. Aku yang tidak pernah punya masa untuk bersuka-ria pada hari cuti persekolahkan (kerana terpaksa membantu orang tua di kebun getah) tetap juga mencuri-curi waktu untuk bersama seorang dua rakan melastik burung. Terutama sekali burung kelicap. Kerana burung inilah yang sering berterbangan antara pohon buah-buahan yang terletak di sekitar rumah. Waktu petang adalah waktu yang amat aku suka. Aku tidak punya waktu lain untuk bersukan. Mana ada dalam kampung Salak sebuah padang bola yang membolehkan kariahnya untuk bersukan. Mana mungkin AJK kampung ketika itu (sememangnya tidak ada AJK pun) untuk menyediakan peruntukan membina padang bola. Kalau mahu bermain juga, gunakan sahaja petak sawah selepas musim menuai. Ini kerana di sinilah sahaja tempat yang tidak ditumbuhi lalang atau belukar dan di sinilah sahaja ruang yang agak luas untuk anak-anak bermain...

KECIL DI KG SALAK

Aku membesar dalam keluarga yang amat sederhana. Terdidik dengan dunia hutan yang tebal dan segala mergastua yang berada di sekitar. Tidak ada bunyi lain selain daripada bunyi mergastua itu. Rumah-rumah jiran yang terletak agak jauh, menyerlahkan lagi bunyinya. Reriang dan cengkerik pun bebas untuk berlagu. Maklum sahaja, rumah kami terletak dalam keluasan tanah 5 ekar seorang. Itu untuk tapak rumah dengan di sekitarnya terdapat tanah yang boleh ditanam padi sawah atau dijadikan dusun buah-buahan. Kalau ingin dinilai, atau diteroka, mungkin tidak ada orang yang mahu meneroka kampung ini. Kampung Salak adalah sebuah kampung yang amat 'ke dalam' dan dilingkungi oleh hutan Taman Negara. Namun di sinilah aku membesar. Di sinilah aku mengenal dunia dan kehidupan. Di sini jugalah aku mengalami segala pahit dan getir hidup. Namun aku tidka pernah serik untuk berada di sini. Sesekali bila bercuti, aku masih rindu untuk 'bertapa' di Kampung Salak. Aku juga rindu pad...