Posts

Image
Sebelum meneruskan tugas mendidik anak-anak sekolah di Marang pada 20-22 April yang lalu, sempat juga singgah di pantai Marang untuk sebentar meneguk air kelapa muda dan melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT.
Image
Image
PANTUN JENAKA Apa yang dimaksudkan dengan jenaka ialah tentang kata-kata yang menggelikan hati, atau perihal tentang berbuat sesuatu perlakuan untuk membuat orang ketawa.   Dalam dunia pantun, pemantun boleh melakukan kedua-duanya, yakni boleh mengeluarkan kata sambil membuat aksi untuk memberikan orang ketawa.   Paling tidak pun boleh diistilahkan dengan senyum sumbing.   (yang ini, mungkin melibatkan orang yang keras hati atau hati kering)           Kalaulah belalang pulang ke purun,                Padikan ranap dilanggar ular;           Kalau hilang orang berpantun,                Sunyi senyaplah bandar yang besar. Ini bermakna, pantun memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan suasana yang ceria dalam masyarakat melayu.  Apatah lagi dengan pantun yang berbentuk jenaka in...

MALU DALAM PANTUN MELAYU

Image
Assalamualaikum.  Kita lihat dahulu pantun ini; Mati benalu di dahan kayu,      Patah kayu menimpa keladi; Mati Melayu kerana malu,      Kalah Melayu kerana budi. Pantun ini memberikan kita dua hal utama yang menjadi pantang iaitu "Malu" dan  "Mati". Melayu lebih rela mati daripada menanggung malu dan Melayu juga kalah dengan budi.   Malu dalam pantun di atas merujuk kepada istilah “rasa malu”. Istilah-istilah Melayu yang merujuk kepada pekara ini termasuklah, “berasa aib”, “rasa segan” dan juga “segan silu”. Orang yang menunjukkan perasaan malu, akan diperikan sebagai “malu-malu” dan “takut-takut”. kata orang tua-tua; “kalau malu sudah hilang, hidupnya sama dengan binatang” “kalau malu berbuat ibadat, dunia akhirat hidup sesat” “Kalau malu bekerja, hidup pun sengsara” “Kalau malu beramal, alamat mati tidak berbekal.” Secara umumnya, malu merupakan perasaan rendah diri ataupun berasa segan silu terhadap...

RINDU

Image
Biar hanya gambar yang bercerita
Image
Sesekali menjengah laman anak saudara yang begitu bersemangat, aku juga teringin mengikut jejaknya.  Bercerita dari hati yang dalam.  Semangatnya membuatkan seorang bapa saudara berasa terpegun, dan kini dia hampir menerbitkan sebuah buku didasari pengalamannya.  Aku yang sentiasa menyibukkan diri ke hulu dan kehilir dengan tugas yang tidak sehebat mana ini, berasa ketinggalan amat jauh. Bidang penulisan sudah lama tidak ku jejaki lamannya.  Cerpen yang semakin hilang, novel yang tidak pernah mampu disiapkan malahan puisi juga tidak tercuit kini.  Cuma terkadang sesekali bersama-sama teman menghadiri dan melaksanakn majlis di mana-mana.  Ini majlis yang kuanjurkan di sebuah sekolah di Pahang.  Semangat anak-anak sekolah dalam mengambil bahagian dapat dipuji.  Aku tidak tahu, apakah kerana terpaksa atau dengan rela.  Namun hakikatnya mereka kelihatan bersemangat dalam bengkel dan kegiatan. Teruskanlah perjuanganmu, biar berkembang...
Aku berasal daripada keluarga yang kecil.  Tidak ramai ahlinya.  Ibu bapa yang merantau ke Hulu Pahang membuatkan aku tidak begitu mengenali kerabat yang berada di Kelantan.  Inilah nasib perantau yang ingin merubah kehidupan agar tidak berada dalam kelimpok dhaif dan melarat.  Cuma ada tiga orang adik beradik, termasuk aku.  Inilah keluarga ku.  Hidup berlima dan hanya aku yang paling lama bersama ayah bonda. Hal ini ketana abang dan kakakku berkahwin dalam usia muda dan akau berkahwin setelah berumur dua puluh lapan tahun. Setelah ketiadaan ayahnda pada tahun 2002 dan bonda pada tahun 2005, keluargaku menjadi semakin kecil.  Apatah lagi denga berlakunya penhijrahan dalam mencari sesuap nasi.  Aku menetap di Kajang Selangor, manakala kakak di Gua Musang dan abang yang masih kekal di kampung.  Inilah yang membuatkan keluarga kecil ini semakin menjauh di jiwa ahlinya.  Abangku dengan keluarganya yang begitu.  Aku pula begini dan...